Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

6 Kanak-kanak Disahkan Positif...

GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini mengesahkan enam kes positif...

T-Team Ikat 3 Pemain...

KUALA TERENGGANU - T-Team sambar tiga muka baharu bagi memperkuat jentera tengah pasukan...

Sumareh Sah Kini Berstatus...

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mendaftarkan...

Ramasamy Beri Keterangan Di...

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy akan memberi...

Rosmah Lawat Mangsa Banjir Di Gua Musang

GUA MUSANG – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa melawat mangsa banjir yang masih ditempatkan di dua pusat penempatan sementara di sini.

Beliau tiba kira-kira 12 tengah hari di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Taman Etnobotani di sini yang menempatkan 35 keluarga.

Selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit, Rosmah seterusnya melawat kem sementara di Bandar Utama yang menempatkan 97 keluarga yang terletak kira-kira10 kilometer dari kem sebelum itu.

Seramai 608 mangsa banjir masih ditempatkan di dua pusat penempatan sementara itu.


Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut menyerahkan sumbangan sebanyak 1,500 bungkusan bantuan berupa barangan keperluan harian dan makanan.

Rosmah serta rombongannya seterusnya bertolak ke Kuala Krai dan dijangka menamatkan lawatannya ke Kelantan di Tanah Merah petang ini. Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Galas, Abd Aziz Yusoff dalam ucapannya di kem PLKN menganggap banjir di Kelantan, terutama di Gua Musang adalah luar biasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori