Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Doktor Gigi Ditemui...

IPOH - Seorang doktor gigi ditemui mati tertiarap dalam longkang di Taman Canning,...

Hospital Sultanah Aminah Cari...

JOHOR BAHRU - Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang mengesan waris dua...

‘Kusangka Tidur Rupanya Mati’...

Taipei - Hidup dan mati bersama-sama permainan dalam talian mungkin sesuai untuk menggambarkan...

Penunggang Ducati Monster Maut...

KUANTAN - Seorang kontraktor maut selepas motosikal berkuasa besar jenis Ducati Monster yang...

Rosmah Lawat Mangsa Banjir Di PPRT Rimba Raja

PARIT – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat mangsa banjir di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Rimba Raja, Lambor Kanan, di sini.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), berada kira-kira dua jam beramah mesra dan meninjau keadaan rumah 200 mangsa daripada 48 keluarga di kawasan perumahan itu.

Beliau turut menyertai masyarakat setempat manikmati makan tengah hari yang disediakan sebelum bergerak pulang.

Hadir sama isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Di PPRT itu, anggota Puteri Umno, pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara, sukarelawan 1M4U dan beberapa persatuan lain melakukan gotong-royong membersihkan sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan Bakti menyebut Rosmah dan anggota badan amal itu juga akan melaksanakan misi bantuan pasca banjir di tiga negeri yang terjejas oleh fenomena bencana banjir luar biasa.


Selain ke Perak untuk menyalurkan bantuan kepada 48 keluarga di PPRT Rimba Raja, Bakti akan ke Kelantan esok iaitu ke Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah untuk menyalurkan bantuan kepada lebih 6,000 mangsa banjir.

Menurut kenyataan itu lagi, antara bantuan yang disumbangkan adalah makanan di dalam tin, gula, air mineral, makanan segera, set pembersihan diri, t-shirt, kain batik, kain pelikat, sejadah, telekung dan selimut.

Bantuan dianggarkan bernilai RM4 juta itu disumbangkan beberapa syarikat seperti Yeo’s, Cosway, Nestle, Giant dan Mydin selain Bakti sendiri.

Dua lagi negeri terjejas banjir yang akan dikunjungi Bakti ialah Pahang dan Terengganu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori