Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

LHDN Tuntut Najib Bayar...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memfailkan saman untuk mendapatkan semula...

Berbahaya Pendekatan Revolusi –...

KUALA LUMPUR - "Golongan ini kalau musuh luar serang pun mereka masih hendak...

Prosiding Komital Lokman Ditangguh,...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan prosiding komital bekas ahli...

Saintis Jepun Cipta Mi...

JEPUN dan inovasi memang tidak dapat dipisahkan.Perkembangan inovasi mereka tidak hanya terhad kepada...

Dituduh Guna Bomoh: Rozana Anggap Awie Cuba Aibkan Dirinya

SUSULAN dakwaan Awie bahawa isterinya, Rozana Misbun mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat, wanita itu menyifatkan tuduhan tanpa bukti itu memakan diri penyanyi itu sendiri.

Memetik mStar Online, Rozana menganggap cara suaminya itu sebagai tindakan yang terdesak dan cuba mengaibkan dirinya.

“Kenapa hanya selepas saya keluar dari rumah kami baru dia nak kata terjumpa macam-macam? Kenapa selama ini dia tidak dedahkan perkara itu?” soalnya.

Sebelum ini, Awie menerusi peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, dia menemui beberapa barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha di kediaman mereka di Ukay Bestari.

“Saya tidak hidup dipuji mahupun mati kerana dikeji jadi biarlah apa juga yang ingin dikatakannya tentang saya.


“Sejak awal lagi dia memang berniat untuk mengaibkan saya, jadi biarkanlah,” ujarnya lagi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengetepikan perintah hak jagaan sementara anak yang diberikan kepada Awie pada Julai 2014 ke atas ketiga-tiga orang cahaya matanya hasil perkongsian hidup dengan Rozana Misbun selain diperintahkan untuk membayar kos RM5,000. – MYNEWSHUB.CC

(BACA: Awie Hilang Hak Jaga Sementara Anak, Diperintah Bayar RM5000)

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori