Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Jay Chou Kahwini Model...

PENYANYI terkenal Taiwan, Jay Chou akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, seorang...

Pemain TRW Dapat Bonus...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menganggap The Red Warriors (TRW)...

Rabies: 12 Maut Di...

KUCHING – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melaporkan 13 kes jangkitan rabies telah disahkan...

Usaha Nicol Buru Gelaran...

KUALA LUMPUR - Usaha ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memburu gelaran...

Rozita Che Wan Izin Anak Lelakinya Kahwin Usia Muda

SEBUT sahaja nama Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta sudah terbayang-bayang penampilan jelitanya.

Isteri kepada Zain Saidin ini bukan sahaja pandai menjaga penampilan diri malah turut dikenali sebagai seorang ibu yang penyayang.

Haa… lihat sahajalah cara didikan Che Ta hingga anaknya Ammar Effendy mampu cemerlang dalam pelajaran.

Namun sebagai anak kepada artis terkenal, sedikit sebanyak jejaka sulung Che Ta menerima tempias hingga kisah cintanya turut jadi buruan media tempatan.

Ingat tak, kecoh sekejap perihal anak lelaki Che Ta pergi melancong bersama kekasihnya di Maldives pada Disember lalu?

anak che ta
Gambar yang diambil Ammar ketika bercuti di Maldives bersama kekasihnya.

Che Ta akhirnya menjelaskan,  anak sulungnya bukanlah pergi berdua-duaan seperti digosipkan sebelum ini.

Memetik laporan mStar Online, Ammar dikatakan telah mengikuti percutian tersebut bersama keluarga kekasihnya.

Malah, Che Ta akui mereka sekeluarga sememangnya amat rapat dengan keluarga Ammar itu.

“Saya tahu dia (Ammar) ada kekasih dan saya tahu mereka pergi bercuti di Maldives bersama. Mereka bukan pergi berdua tetapi bersama keluarga sebelah perempuan itu.


“Saya izinkan kerana saya memang mengenali dan baik dengan mereka,” ujar Che Ta.

Wah, beruntung sungguh Ammar memiliki ibu yang amat memahami.

Lebih mengejutkan, Che Ta memberitahu tidak akan menghalang jika anak lelakinya itu mempunyai niat untuk berkahwin pada usia muda.

15

“Kalau dah sampai jodoh untuk dia berkahwin pada usia muda saya tiada halangan. Saya pun dahulu kahwin muda pada usia 20 tahun,” katanya.

Baguslah… benda yang baik buat apa dihalang-halang kan?

Apa yang penting Che Ta pastinya lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anaknya.
MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori