Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Mohamed Salah Pemain Terbaik...

BINTANG Liverpool Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA bagi musim 2017/2018 selepas...

Nabil Ahmad Jelaskan Isu...

KUALA LUMPUR - Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina...

Pasukan Penyiasat MH370 Tingkat...

SINGAPURA - Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai Penerbangan MH370 Malaysia...

Sehari Sebelum Insiden, Juruterbang...

SEORANG juruterbang Lion Air yang menerbangkan pesawat Boeing 737 itu sehari sebelum ia...

Rumah Taikun Media Dilontar Bom Api

HONG KONG – Kediaman dan bekas pejabat taikun media pulau ini, Jimmy Lai menjadi sasaran serangan bom api awal semalam, kata seorang jurucakap jutawan itu.

Lai merupakan salah seorang yang memainkan pe­ranan utama dalam protes ­prodemokrasi di sini pada bulan lalu.

Polis berkata, serangan pertama berlaku sekitar pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) apabila sebuah kereta tidak dikenali me ngundur ke rumah Lai di ikuti sebuah objek dilontarkan ke kediamannya. Bom api itu meletup dan terbakar sebaik sahaja terkena pagar rumahnya.

Menurut pihak berkuasa, satu atau dua lagi bom api dibaling kira-kira 20 minit kemudian dan mengenai pintu pagar pejabat syarikat Next Media Ltd. yang pernah diterajui jutawan itu.

“Serangan ini merupakan usaha berterusan untuk menakutkan petugas media di pulau ini,” kata jurucakap Next Media, Mark Simon.


Mengulas serangan tersebut, polis mengesahkan sedang menyiasat kejadian yang berlaku di kediaman Lai di Kadoorie Avenue, Kowloon dan pejabat Next Media.

Lai yang meletak jawatan sebagai pengerusi Next Media dan penerbit akhbar popular, Apple Daily pada Disember lalu dikenali ramai kerana kelantangannya mengkritik Beijing.

Beliau ditangkap pada bulan lalu kerana enggan ­meninggalkan lokasi tunjuk perasaan ­prodemokrasi semasa polis menyuraikan protes yang menyebabkan beberapa laluan utama di sini ditutup selama hampir dua setengah bulan.

Lai merupakan penyokong kuat gerakan prodemokrasi di sini. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori