NAMPAKNYA kisah lama antara vokalis kumpulan Slam dan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kembali dibangkitkan selepas nama Zamani hangat diperkatakan peminat seni tanah air, gara-gara ditangkap kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah, Rabu minggu lalu.
Ya seperti diketahui ramai peminat, mereka berdua pernah digosipkan satu ketika dahulu.
Namun ramai sudah terlupa tentangnya hinggalah komposer Saari Amri mengeluarkan satu kenyataan yang cukup panas di Facebook iaitu:
‘Siti Nurhaliza tahu kenapa Zamani jadi macam tu (seorang penagih)’.
[WAJIB BACA: Siti Nurhaliza Enggan Ulas Status Facebook Saari Amri]
Siti kemudiannya enggan memberi sebarang reaksi berkenaan persoalan tersebut dan menyifatkan status tersebut tiada kena mengena dengan dirinya.
Namun, Saari sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut industri seni setelah berkata, suatu ketika dahulu dia pernah menasihati Zamani agar melupakan Siti.
Memetik kenyataannya di portal Malaysian Digest, “Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya banyak menghabiskan masa dengan dia.
“Pernah satu ketika saya bertanyakan kepada dia mengapa dia jadi begitu, nasihatkan dia melupakan Siti dan jalani hidup dengan lebih baik tapi Zamani seorang yang sangat setia.
“Jadi apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.
“Ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi ia kisah lama. Tiada niat saya untuk bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu.”
Apa-apapun, diharapkan kehadiran tahun 2015 ini dapat memberikan sinar baru buat Zamani agar berubah seterusnya kembali mewarnai industri nyanyian tanahair.
Orang cakap ‘barang yang lepas usah dikenang’.. –MYNEWSHUB.CC
Zamani Slam Dan Siti Nurhaliza Di Separuh Akhir Juara Lagu 1996