Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bapa Tiri Campak Anak...

KEGILAAN apakah ini? Seorang lelaki yang berang kerana kalah bermain game di komputer,...

Sokongan Kaum Cina Kepada...

SEREMBAN – Sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN) semakin bertambah sejak kebelakangan...

Mercedes-Benz Buka Pusat 3S...

KUALA LUMPUR - Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) menjalin pakatan dengan pengedarnya,...

Tiada Lagi Kilang Kimia...

JOHOR BAHRU - Sebarang permohonan untuk membina kilang kimia baru di Pasir Gudang...

Sabah Sedia Hadapi Bencana Banjir – Musa

SANDAKAN – Semua pegawai daerah di negeri ini diarahkan bersiap sedia menghadapi bencana banjir, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Persediaan itu penting dengan tumpuan kepada membantu mangsa banjir dan memindahkan mereka ke pusat pemindahan sekiranya keadaan memerlukan, katanya.

Musa berkata beliau sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman selaku Pengerusi Bencana Alam negeri memantau persediaan di semua daerah khususnya yang mempunyai risiko dilanda banjir.

“Semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan juga perlu bekerjasama memberi bantuan kepada mangsa banjir,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Sijil Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Sijil 1Azam di sini hari ini ini.

Seramai 38 pelajar Institut Eisteddfod Sandakan menerima SLDN dan 269 lagi menerima sijil 1Azam.


Musa berkata hari ini dua daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu Kota Belud dan Tawau yang turut melibatkan mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata khidmat kemanusiaan dan menyelamat banjir kilat telah dilakukan di lapan kampung di Kota Belud hari ini.

Katanya kampung terlibat adalah Linau, Gunding, Menunggui, Bobot, Kota Belud, Siasai, Kotabungan dan Lobak Engad manakala di Tawau melibatkan Kampung Sungai Gading Wakuba. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori