Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

JKKP Perak Siasat Dua...

IPOH : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak sedang menjalankan siasatan berhubung...

Malaysia Cadang Kumpulan Siapsagaan...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencadangkan tahap baharu kerja sama pertahanan bagi negara anggota...

Twitter ‘Tipu’ Konon PM...

Di saat ramai memperkatakan tentang keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan buat...

ADUN PKR Inanam Umum...

KOTA KINABALU – Ketika PKR sibuk mencanangkan kononnya beberapa wakil rakyat BN dari...

SAH! Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Anak Sulung

SETELAH berteka teki beberapa ketika akhirnya berita yang tersebar berkenaan pasangan selebriti terkenal Malaysia, Yusri Abdul Halim dan Lisa Surihani diberikan kepastian iaitu mereka sah bakal menimang cahaya mata pertama tahun ini.

Pengumuman gembira ini dibuat Yusri sendiri ketika majlis pelancaran trailer terbaharu filem Cicakman 3 di Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Yusry berkata pelbagai teori tidak benar didapati terbit apabila dia dan Lisa mendiamkan diri berkenaan berita ini termasuk kononnya mereka terikat dengan kontrak eksklusif dengan stesen TV sedangkan punca sebenar adalah ia terlalu awal untuk diumumkan.

Mengulas lanjut tentang berita ini yang sudah bertebaran di laman sosial sejak Isnin lalu namun dibiarkan tanpa jawapan, Lisa turut menjelaskan mereka hanya mengikut adat orang tua-tua supaya jangan cepat sangat berkongsi berita kehamilan.


Atas sebab ini juga, mereka enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat berkaitan cahaya mata sulung yang sedang dikandungkan.

Yusry dan Lisa mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry selepas bercerai dengan artis terkenal, Erra Fazira pada 2006 tanpa dikurniakan anak. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori