PIHAK polis dilaporkan sudah pun menahan salah seorang suspek serangan ke atas pejabat akhbar Charlie Hebdo iaitu Hamyd Mourad, 18, selepas dia menyerah diri.
Pihak berkuasa bagaimanapun masih lagi menyiasat penglibatannya dalam insiden berdarah itu.
Dua lagi suspek iaitu adik beradik, Said Kouachi dan Cherif Kouachi pula dilaporkan masih lagi bebas dan sedang diburu.
Said dan Cherif dipercayai merupakan warganegara Perancis.
Pada November 2011, pejabat akhbar berkenaan pernah dibom selepas menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.
Sementara itu, kartunis dari seluruh dunia menyatakan simpati dan solidariti terhadap mangsa keganasan serangan rambangtersebut, yang mengorbankan 10 pekerja dan 2 anggota polis.
Kebanyakannya mengutuk serangan tersebut. – MYNEWSHUB.CC