Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Juara AF Megastar, Penantian...

BAGAI sudah dijangka Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob berjaya merangkul...

Banduan Guna Botol Budu...

KOTA BHARU - Seorang banduan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini,...

Mamat Ni Layak Digelar...

Lelaki dalam video di bawah ni memang layak menjadi kayu api neraka. Ada...

Wanita Ditipu RM100k Beli...

BEIJING - Seorang wanita dari wilayah tengah China ditipu sebanyak 168,000 yuan (RM106,421)...

Sanggup Jual Anak Untuk Biayai Perubatan Anaknya Yang Lain

CHINA – Sepasang suami isteri sanggup menjual salah seorang anak mereka bagi mendapatkan wang untuk membiayai kos perubatan seorang lagi anak pasangan itu yang menghidap leukimia.

Kedua beradik itu adalah pasangan kembar lelaki dan perempuan.

Menurut ibunya, Meng Xiangyan, 29, anak kembar perempuannya kini berada dalam keadaan kritikal.

Justeru dia dan suaminya perlu mendapat wang dengan segera untuk membiayai rawatan anak mereka.

Jelasnya dia tiada pilihan kecuali menjual pasangan kembar itu untuk membantu kakaknya agar kedua-duanya mempunyai peluang untuk hidup dalam keadaan berbeza.

“Setahun lalu kami mempunyai keluarga bahagia dan kami menyangka ia sudah mencukupi apatah lagi dengan kelahiran pasangan kembar kami.


“Namun keadaan berubah apabila salah seorang anak kembar kami disahkan menghidap leukimia dan perlu menjalani rawatan kimoterapi setiap 10 hari,’’ katanya.

Meng berkata dia sudah menjual apartmen mereka untuk membiayai kos perubatan dan kini menyewa di sebuah flat yang sempit dan berhampiran dengan pusat kimoterapi.

Jelasnya, semua wang simpanannya sudah habis dan dia juga terpaksa meminjam daripada rakan serta saudara.

“Wang yang ada tidak mencukupi jadi kami berharap akan mendapat wang tambahan melalui penjualan anak lelaki kami,’’ katanya.

  • Lagi berita berkaitan:
  • pelik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori