Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kesedaran Semakin Tinggi Terhadap...

KOTA BHARU – Masyarakat kini semakin bersikap terbuka dan mempunyai kesedaran yang tinggi...

Tiada Aduan Politik Wang...

PKR setakat ini tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan politik wang sepanjang pemilihan...

Guru Maut Kereta Dinaiki...

JOHOR BAHRU - Seorang guru maut manakala suaminya cedera parah apabila kereta dinaiki...

55,000 Rumah Mampu Milik...

MELAKA - Sebanyak 55,000 rumah mampu milik (RMM) bakal dibangunkan di negeri ini...

Sanggup Tahan Sakit Dicucuk 2,500 Jarum Demi Lembu

Colombia – Demi perjuangannya bagi mengharamkan sukan lawan lembu, seorang wanita, Fanny Pachon, 35, sanggup menahan kesakitan dengan mencucuk 2,500 jarum di belakang badannya.

Pachon berbuat demikian untuk mendesak agar sukan yang kejam dan tidak bertamadun itu dihentikan.

Sebagai simbolik kepada usaha tersebut dia sanggup membiarkan 2,500 jarum dicucuk di badannya. Pachon juga berjaya memecahkan rekod dunia dengan jarum paling banyak dicucuk di badan.

Bagaimanapun Pachon berkata dia tidak berminat dengan rekod tersebut kerana apa yang lebih penting ialah binatang tersebut.

“Saya dan rakan-rakan telah bertahun-tahun cuba untuk mendedahkan mengenai sukan lawan lembu itu namun tiada siapa yang mendengarnya.


“Kami kemudiannya sedar bahawa kami perlu melakukan sesuatu ketika dua kejohanan sukan itu akan diadakan tidak lama lagi,’’ katanya yang turut mencabar matador supaya merasai kesakitan yang dialami oleh lembu terbabit.

Menurut Pachon, dia memutuskan untuk berbuat demikian selepas protes yang diadakan di bandar Cartagena,gagal membuahkan hasil.

Dia mencucuk 2,500 jarum itu di depan dewan bandaraya di mana sebelum itu pestisyen meminta pengharaman sukan berkenaan telah dihantar kepada pihak berkuasa.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori