Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Teguran Buat Tetamu Yang...

MENARIK sekali status pemilik akaun Facebook, Abd Ghani Haron mengenai sikap sesetengah tetamu...

Disebabkan 3 Tahun Di...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...berat lagi kami yang menulis kisah seorang...

Rayuan Permohonan BR1M Dibuka...

KUALA LUMPUR -- Rayuan bagi pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)...

Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas...

KUALA TERENGGANU : Kerajaan disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memperkasakan usaha konservasi...

Sasar Lupus Sepenuhnya Sampah Banjir Di Pahang

PEKAN – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) menyasar untuk membersih sepenuhnya sisa sampah akibat banjir yang melanda beberapa daerah di Pahang, menjelang hujung bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata sebanyak 60 peratus daripada 25,000 tan sampah sarap di kawasan yang terjejas banjir di Pahang berjaya dibersihkan setakat ini.

“Baki 40 peratus lagi Insya-Allah akan dapat kita bersihkan hujung bulan ini.

“Daerah yang paling banyak sampah sarap akibat banjir ialah Temerloh iaitu 20,000 tan dan setakat ini sebanyak 80 peratus sampah sarap berkenaan telah berjaya kita lupuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Misi Kemanusiaan Bantuan Mangsa Banjir anjuran PPSPA bersama Persatuan Mata Hati di Taman Pelangkah, dekat sini hari ini.


Pada majlis itu Ab Rahim dan kakitangan PPSPA turut bersama-sama penduduk kawasan tersebut melakukan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan perumahan itu yang dilanda banjir baru-baru ini.

Dalam pada itu Ab Rahim yang juga Presiden Persatuan Mata Hati berkata pihaknya dan persatuan berkenaan akan bekerjasama bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini membaiki peralatan elektrik yang rosak akibat banjir.

“Kita mempunyai anggota persatuan yang terdiri dari pelajar kolej komuniti yang berkebolehan membaiki peralatan elektrik.

“Selain itu, kita juga akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan dan punca-punca berlakunya banjir agar mereka dapat mengambil langkah pencegahan bagi mengelak banjir pada masa depan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori