Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Letupan Bom: Polis Indonesia...

JAKARTA - Tiga lagi suspek ditahan polis Indonesia berhubung kait kejadian letupan bom...

Covid-19: Wanita Ditemui Pengsan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di...

Azmin Tidak Perlu Bercuti...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Datuk Seri...

Jana Wibawa: Seperti ‘Dirancang’,...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Sasar Mangsa Banjir, Ah Long Mula ‘Cucuk Jarum’ Di Kelantan

MENYEDARI banyak belanja diperlukan untuk memulihkan kembali kehidupan termasuk membaiki kediaman yang musnah akibat bencana banjir, peminjam wang tak berlesen atau ah long dikhabarkan sudah mula mencucuk jarum agar penduduk yang terjejas menggunakan khidmat mereka.

Datuk Hussamudin Yaacub
Datuk Hussamudin Yaacub

Perkara ini didedahkan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamudin Yaacub ketika satu sidang media, pada Jumaat.

“Saya dapat laporan ah long sudah pergi ke Kelantan dan tawarkan bantuan pinjaman kepada mereka (mangsa banjir). Jika mereka pergi pada ah long, kita tahulah apa nasib mereka selepas ini.

“Ramai rakyat Kelantan terkesan dengan bencana yang menimpa negeri itu. Bukan sahaja peniaga yang buka perniagaan secara kecil-kecilan, malah peniaga besar turut menerima kesannya. Mereka ini susah jadi kita yang harus bantu mereka, bukan ah long,” ujar beliau.

Hussamudin turut menyuarakan kebimbangannya tentang perkara ini menerusi Twitter.


Beliau yang merupakan anak Kelantan, sebelum ini turut meluahkan pandangan agar kerajaan PAS Kelantan dan UMNO bergabung untuk membela nasib mangsa banjir yang terjejas teruk dalam bencana tersebut tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

https://www.youtube.com/watch?v=wygQ1fVPIhw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori