Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Trump Dahului Clinton Bakal...

WASHINGTON DC - Perebutan jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS); sebuah negara kuasa besar...

Bursa Saham Asia Jatuh...

WASHINGTON DC - Bursa saham Asia mengalami kemerosotan setelah Donald Trump mendahului Hillary...

Peruntukan Atlet, Jurulatih Berdasarkan...

PUTRAJAYA – Setiap atlet dan jurulatih akan diberikan satu sasaran Indeks Petunjuk Prestasi...

PRU14: 8,253 Pusat Mengundi...

KUALA LUMPUR - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula hari...

Sasaran Bina 6,000 Unit Rumah Setahun Mampu Dicapai

KUALA KETIL – Kerajaan Negeri Kedah yakin sasaran pembinaan 6,000 unit rumah setahun pada tahun ini dapat dicapai sekaligus membantu menambah pelaburan asing di negeri ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pembinaan rumah tersebut yang turut akan ditumpukan kepada kawasan luar bandar adalah penting bagi memastikan penghijrahan penduduk ke kawasan bandar dapat dikurangkan.

“(Ini) kerana pembangunan yang datangnya daripada pelaburan seperti taman industri, kita tak nak hanya tumpu kepada kawasan bandar, dan untuk menampung itu kemudahan perumahan mesti mencukupi.

Pelabur sentiasa tanya, kalau mereka pergi satu-satu kawasan tu, mereka akan tanya dari mana datangnya pekerja-pekerja, adakah mereka ada kemudahan rumah,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan kunci rumah di Taman Desa Bidara di sini hari ini.

Jelasnya walaupun pada tahun 2013, kerajaan negeri tidak mencapai sasaran tersebut, namun prestasi pada tahun 2014 yang memberangsangkan mampu menjadi pendorong.

“Pada tahun 2013, dalam tempoh 7 bulan kita hanya dapat siapkan 4,801 unit rumah, namun pada 2014 kita siapkan untuk ditawar 2,322 unit rumah manakala dalam proses pelaksanaan iaitu mendapat kelulusan dan pembinaan ialah 10,595 unit menjadikan jumlahnya sebanyak 12,917 unit. Ini dua kali ganda daripada sasaran kita,” katanya.

Mukhriz berkata keyakinan itu turut didorong oleh bantuan daripada agensi-agensi kerajaan yang tampil membantu seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Dalam pada itu kerajaan negeri Kedah mulai tahun ini di bawah Dasar Perumahan Negara akan melakukan penjenamaan semula ke atas kategori rumah mampu milik.


Rumah kos sederhana akan dikenali sebagai Rumah Kasih Rakyat, rumah kos sederhana rendah akan dikenali sebagai Rumah Aman Kedah manakala rumah kos rendah akan dikenali sebagai Rumah Makmur Kedah.

Mukhriz berkata penjenamaan semula kategori rumah berkenaan adalah dilihat dari segi aspek pemasaran.

“Kalau kita kategorikan sesuatu projek sebagai kos rendah, dan sebagainya ini menggambarkan keupayaan satu-satu isi rumah itu.

“Kita nak kualiti dan kemudahan adalah sama, tiada yang tak elok, dari segi penjenamaan semula akan timbullah perasaan lebih selesa dengan rumah yang kita tawarkan,” katanya.

Terdahulu Mukhriz menyampaikan kunci rumah dalam satu majlis kepada 406 pemilik rumah di Desa Bidara.

Projek perumahan syarikat Darulaman Realty Sdn Bhd terbahagi kepada 84 unit rumah kos rendah dan 322 unit rumah kos sederhana. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=H49kGoIuKYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori