Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemerdagangan Manusia: Wanita Didakwa...

IPOH - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

DAP Takut Dedah Sumber...

ISU politik tanah air terus sensasi berikutan tindakan pembangkang cuba berlagak wira dengan...

Tourism Malaysia Sasar 29.4...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyasarkan seramai 29.4 juta pelancong ke negara...

Terowong Smart Ditutup Jika...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad menolak dakwaan terowong Syarikat Mengurus...

Sasterawan Negara, Abdullah Hussain Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam tadi.

Berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ialah isteri, Datin Siti Saroja Basri dan lima anak berusia 32 hingga 47 tahun.

Anak lelaki Allahyarham, Ahmad Patria Abdullah, 47, berkata jenazah bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini sebelum solat Zuhur, hari ini.

“Ayahanda menghembuskan nafas dengan tenang dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya ketika dihubungi.

Abdullah yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996.


Penulis kelahiran Yan itu menghasilkan lebih 25 novel, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam biografi.

Anugerah lain diterimanya ialah SEA Write Award dari kerajaan Thailand pada tahun 1981 dan hadiah pertama Sayembara Novel Nasional – mengenang Pak Sako.

Interlok adalah novelnya yang paling popular. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori