Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KPN Indonesia ‘Turun Padang’...

JAKARTA - Menjelang cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha 1437 Hijriah, Ketua Polis...

Gambar Lama Erin Malek...

SEJAK melangsungkan perkahwinan, Erin Malek tak habis-habis dengan kontroversi.Jika sekarang sedang heboh gosip...

Mengapa Ada Ramai Tentera...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan meminta orang ramai terutama di Terengganu dan Kelantan...

Hebat Sultan Johor Manfaatkan...

SULTAN Johor bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bernilai...

1 Daripada 2 Orang Dewasa Jepun ‘Malas’ Bersetubuh

TOKYO – Masalah kepenatan dan tiada nafsu selepas bersalin menjadi punca utama kira-kira 50 peratus orang dewasa di Jepun tidak suka melakukan persetubuhan, sekali gus menyebabkan kadar kelahiran bayi jatuh amat teruk.

Media tempatan pada Sabtu memetik kajian terbaharu Persatuan Perancangan Keluarga Jepun melibatkan 3,000 orang responden yang mendedahkan 48.3 peratus sampel lelaki dan 50.1 peratus pula wanita tidak pernah berjimak selama sebulan.

Ini menyaksikan peningkatan 5 peratus berbanding kajian sama pada tahun 2012 dan jika trend itu berterusan, Jepun yang kini dihuni 127 juta penduduk akan hilang lebih separuh daripada warganya apabila tidak diganti generasi baharu.

Kajian itu menjelaskan, 21 peratus lelaki malas melakukan seks dengan isteri akibat penat selepas balik dari kerja manakala 16 peratus responden lelaki terbabit tidak lagi tertarik dengan pasangan mereka selepas melahirkan anak pertama.

Kajian ke atas perempuan pula mendedahkan, 24 peratus menyifatkan bersanggama sebagai mengganggu aktiviti kehidupan seharian dan 18 peratus lagi menyalahkan keletihan bekerja penyebab wanita tiada nafsu untuk bersetubuh dengan suami.


Baca :Pakej Unik Untuk Andartu, Majlis Kahwin Tanpa Pengantin Lelaki

Baca : Industri Filem Porno Jepun Alami Kekurangan Pelakon Lelaki

Statistik persatuan itu juga melaporkan jumlah lelaki muda berusia dari 25 hingga 29 tahun yang digelar sebagai herbivor atau tiada perasaan untuk serius melakukan seks dengan pasangan mereka merekodkan lebih 20 peratus responden.

Institut Kependudukan Nasional baru-baru ini menyatakan kadar kesuburan pasangan di Jepun masih rendah iaitu purata 1.41 bayi sepanjang hidup mereka dan jika gagal ditambah, negara itu akan cuma ada 49.6 juta penduduk menjelang tahun 2100.

Kerajaan Jepun yang bimbang dengan senario itu malah menetapkan majikan agar memberi kelonggaran buat pasangan muda untuk balik ke rumah seawal pukul 6 petang serta menggalakkan mereka kerap mengadakan hubungan seks secara selesa.

Meskipun Jepun antara negara paling maju di dunia, budaya konservatif masyarakat menyebabkan sesiapa pulang kerja lebih awal dianggap sebagai pemalas sekali gus ramai sanggup balik lewat malam demi mengelak persepsi negatif. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori