Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perlu Tingkatkan Hubungan Ekonomi...

NASSAU (The Bahamas) - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terdapat keperluan untuk membangunkan...

Terap Semangat ‘Sehati Sejiwa’...

YAN - Semangat 'sehati sejiwa' perlu diterap dalam diri generasi muda masa kini...

Polis Seludup Syabu Ditangkap...

Jakarta - Dua anggota polis Indonesia yang ditangkap di Malaysia kerana membawa sejumlah...

Warga Asing Beraya Di...

KUALA LUMPUR – Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, ibu kota yang sentiasa...

Sebar Berita Palsu Mengenai Banjir Perbuatan Keji – Muhyiddin

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan tindakan segelintir individu yang menyebarkan berita palsu dan fitnah mengenai musibah banjir di media sosial sehingga menjadi viral, sebagai perbuatan keji.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain bertentangan dengan ajaran Islam, perbuatan yang sama sekali tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim itu juga boleh mewujudkan rasa benci dan permusuhan sesama umat Islam.

“Cerita-cerita yang direka oleh mereka yang berniat jahat ini banyak menimbulkan rasa resah dan gelisah dalam kalangan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M di Masjid Putra di sini.

Sambutan bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ itu turut dihadiri isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri Kabinet berkenaan dan perwakilan negara luar.

Sehubungan itu, Muhyiddin menggesa masyarakat supaya tidak mudah mempercayai berita yang tersebar di media sosial tanpa sumber yang sahih.

Beliau bagaimanapun berkata, daripada pengamatannya masih terdapat ramai kalangan masyarakat bersimpati dengan mangsa musibah itu.


“Mereka menghulurkan pelbagai bantuan sama ada berupa barangan, wang ringgit mahupun tenaga untuk membantu mangsa banjir.

“Ini adalah contoh akhlak terpuji yang diamalkan oleh rakyat negara ini tanpa mengira kaum atau agama,” katanya.

Sambutan itu bermula dengan perarakan 149 kontinjen membabitkan 12,325 peserta terdiri daripada 68 pasukan jabatan kerajaan, 33 badan berkanun, 13 swasta, 10 badan beruniform, empat sekolah, enam institut pengajian tinggi dan enam kontinjen badan bukan kerajaan.

Peserta berarak sambil berselawat sejauh 1.8km bermula di hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori