Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Melancap Di Rumah Jiran,...

POLIS menahan seorang pelajar kolej berhubung video menunjukkan lelaki telanjang sedang melancap di...

“Saya Tidak Akan Minta...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak akan meminta maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri...

RTM Perlu Naik Taraf...

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyambut baik semua...

Aziz Bari: Polis Perlu...

BEBERAPA hari lalu, satu kenyataan yang dimuat naik Tunku Idris Sultan Ibrahim yang juga Tengku...

Sedia Jadi Orang Tengah Atasi Kemelut MIC – Samy Vellu

Bekas Presiden MIC yang juga bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dalam satu kenyataan berkata, beliau bersedia untuk menggalas tugas sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan pergolakkan yang melanda kepimpinan tertinggi MIC akhir-akhir ini.

Namun begitu, beliau yang kini Duta Khas Infrastruktur negara ke India dan Asia Selatan hanya akan berbuat demikian sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkannya berbuat demikian.

Ulasnya, sebagai anggota biasa parti itu, bantuan tersebut dilihat kurang sesuai dan tidak layak untuk bercakap tentang isu itu.

Sebagai bekas presiden, kalau saya cakap pasal mereka ia akan menjadi isu besar, jadi berdiam diri lebih baik, biar mereka uruskan.

Dan jika beliau (merujuk kepada Najib) panggil (pemimpin) parti dan bincangkan, dengan itu baru saya boleh bincangkan” petik kenyataannya dalam portal MStar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Makin Meruncing, BN Akan Panggil Pemimpin MIC]

Samy Vellu turut mengharapkan, keputusan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk campur tangan dalam isu tersebut dapat meredakan ketegangan antara pemimpin sekaligus mengelakkan perpecahan parti.


Beliau yang pernah menerajui parti tersebut selama 31 tahun, turut menasihat barisan pimpinan tertinggi MIC kini untuk sentiasa mengutamakan kepada parti dan komuniti masyarakat India daripada kepentingan diri sendiri.

Awal Disember lalu, pergolakkan dalaman MIC mula tercetus tatkala Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengarahkan parti itu untuk mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat dalam tempoh 90 hari. – MYNEWSHUB.CC

Samy Vellu Sudi Jadi ‘Pendamai’ Atasi Pergolakkan Dalaman MIC

http://mynewshub.cc/2015/01/29/kemelut-makin-meruncing-bn-akan-panggil-pemimpin-mic/https://www.youtube.com/watch?v=zllMdxNdwvE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori