Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ketepikan Perbalahan Dan Pemusuhan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan umat Islam supaya mengetepikan...

Israk Mikraj: Menjunjung Keperibadian...

Tiada pengembaraan dalam sejarah manusia setanding peristiwa 27 Rejab selepas 12 tahun kenabian...

Umum Buka Sesi Persekolahan...

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan hanya akan dibuka selepas Kementerian Pendidikan (KPM) yakin...

Kelantan Minta Petronas Kemuka...

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti...

Sel Khas Banduan IS Elak Penyebaran Ideologi – Zahid

PUTRAJAYA – Banduan yang dihukum penjara kerana terlibat dengan kumpulan militan Islamic State (IS) akan diasingkan daripada tahanan lain bagi mengelak penyebaran ideologi berkenaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Selain menyebarkan ideologi dan pegangan mereka, tahanan berkenaan juga dikhuatiri akan melatih banduan-banduan lain sebagai orang yang berpotensi untuk dijadikan bakal pengganas.

“Kita tidak mahu apabila keluar dari penjara kelak, mereka ini telah menjadi orang yang telah ditukar pemikiran dan ideologi masing-masing,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Penolong Setiausaha Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara Amerika Syarikat Daniel R. Russel di pejabatnya di sini pada Khamis.

Beliau berkata 120 tahanan yang terlibat atau menjadi penyumbang kewangan kepada kumpulan IS kini ditahan di penjara Tapah, Perak dan penjara Bentong di Pahang, yang mempunyai sel tahanan khas untuk kes tersebut.

Katanya kementerian itu juga menghantar pakar hal ehwal agama dan ideologi untuk mendekati mereka yang disyaki terlibat IS bagi memulihkan semula pegangan mereka.

Ahmad Zahid berkata terpengaruh dengan ajakan di internet dan komitmen terhadap kawan-kawan yang kononnya telah pergi berjihad di Syria dan Iraq, merupakan antara alasan yang diberikan mereka yang ditahan berhubung penglibatan dengan kumpulan pengganas itu.

“Tetapi mereka yang telah pulang menyatakan bahawa mereka menyesali perbuatan itu dan menyifatkan keadaan di sana hanya ‘indah khabar dari rupa’ dan ada kalangan mereka mengatakan tertipu dengan janji-janji yang diberikan sebelum bertolak ke negara berkenaan,” katanya, sambil menambah bilangan rakyat Malaysia yang menyertai IS setakat ini 67 orang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Amerika Syarikat memuji usaha Malaysia dalam soal pemerdagangan manusia, antaranya menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan bagi menyediakan tempat penginapan kepada mangsa jenayah itu.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Russel, dan kedua-dua pihak juga menzahirkan komitmen untuk terus memperhebat kerjasama, antaranya mencari dan menyediakan peluang pekerjaan kepada mangsa pemerdagangan orang.


Katanya Amerika Syarikat juga memuji usaha kementerian dan kerajaan kerana menyediakan beberapa latihan separa mahir kepada mangsa pemerdagangan orang bagi memudahkan mereka diambil bekerja.

Berhubung usaha mengekstradisi Koperal Sirul Azhar Umar yang kini ditahan imigresen di Queensland, Australia, Ahmad Zahid berkata kementerian itu menugaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berurusan dengan kerajaan Australia melalui Wisma Putra.

“Dalam hal ini kita perlu melalui beberapa proses dan saya fikir elok perkara ini diserahkan kepada Wisma Putra untuk menguruskan dan KDN sedia beri kerjasama melalui PDRM dan Jabatan Kehakiman bagi mempermudahkan urusan berkenaan,” katanya.

Berkenaan status Sirul Azhar sebagai anggota polis, beliau berkata Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri tidak lagi bergelar anggota keselamatan itu selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan lepas.

Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, didakwa membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibu, 28, pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Azilah serta Sirul Azhar dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Mahkamah Persekutuan turut mengeluarkan waran tangkap ke atas Sirul Azhar kerana gagal hadir ke mahkamah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori