Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Que Haidar ‘Dikecam’ Sebab...

SUDAH lama tidak mendengar perkembangan terbaharu aktor Que Haidar selepas dia menyepikan diri...

FOTO: Lelaki Ini Jatuh...

SEORANG jurugambar dari Jerman yang dikenali sebagai Sandra Hoyn mengejutkan ramai dengan beberapa...

Amanat Terakhir Agong Ke-16

Kuala Lumpur: "Saya sudah buat yang terbaik untuk negara sepanjang lima tahun menjadi...

Niat Nak Tolong, Tapi...

SIAPA tak panas hati kan, dalam niat nak menolong peniaga bazar ramadan, tiba-tiba...

Semua Sekolah Terjejas Banjir Telah Dibersihkan

KUALA LUMPUR – Semua sekolah terjejas banjir di Kelantan, Pahang dan Perak telah berjaya dibersihkan dan boleh meneruskan sesi persekolan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kejayaan itu hasil komitmen lebih 40,000 sukarelawan yang turut dianggotai kakitangan Kementerian Pendidikan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

“Setelah 18 hari operasi membersihkan sekolah di Kelantan, semua 165 sekolah yang terjejas banjir telah selesai kerja pembersihan termasuk lima sekolah yang terakhir dapat dibersihkan.

“SK Tohoi dan SK Balar yang terputus hubungan dan sukarelawan tidak boleh sampai telah dibersihkan oleh guru-guru dan masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris bagaimanapun menjelaskan, masih terdapat beberapa tempat di sekolah-sekolah yang perlu dibersihkan seperti ruang stor, musolla, laman dan persekitaran.


Jelasnya, tugas itu boleh dilaksanakan oleh warga sekolah dan sukarelawan setempat kerana tumpuan awal Ops Pasca Banjir bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan secepat mungkin.

Manakala di Pahang, katanya, kesemua 67 sekolah terjejas banjir telah selesai dibersihkan termasuk tujuh sekolah yang selesai hari ini.

Katanya, semua baki tujuh sekolah di Perak yang terjejas banjir telah dibersihkan dan boleh digunakan untuk sesi persekolahan bermula hari ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori