Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bacaan IPU Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif dengan...

Akta Hasutan Adalah Untuk...

KUALA LUMPUR - Langkah untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dibuat bagi melindungi sensitiviti...

Runtuhan Salji Di Kashmir:...

SRINAGAR - Lima anggota tentera India berjaya diselamatkan apabila tertimbus dalam kejadian runtuhan...

TMJ Cadang MB Pakai...

JOHOR BAHRU : Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hairan kasut kulit...

Semuanya Tulisan Cina Macam Di Hong Kong Pula!

TIDAK SENSITIF. Mungkin itulah yang boleh digambarkan apabila melihat gambar sebuah projek hartanah mewah dalam pembinaan langsung memaparkan tulisan bahasa Mandarin macam di Hong Kong pada banting gergasi setinggi lapan tingkat ini.

Gambar itu yang turut disebarkan menerusi laman sosial mencetuskan perasaan kurang senang ramai pihak malah ada menyifatkan projek dikenali sebagai BM City itu sengaja memperlekeh martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.

Paling memalukan kita, projek dibangunkan BM City Realty & Construction Sdn. Bhd. yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu lebih kurang 1 kilometer tidak jauh dari kompleks Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Timbul persoalan adakah pihak berkuasa tempatan itu tidak peka dengan tindakan pemaju sengaja guna tulisan Cina pada banting iklan projek tersebut yang mempromosikan kompleks hartanah itu bakal memiliki skrin LED terbesar di Malaysia.

Walhal jika mengikut undang-undang kecil kerajaan tempatan di seluruh negara, semua iklan dipasang pada bangunan komersial wajib memakai bahasa Melayu dan jika mahu diselitkan bahasa asing, saiz tulisannya perlu dibuat lebih kecil sedikit.

Sekali lagi timbul pertanyaan, mana penguatkuasaan tegas MPSP padahal kerajaan negeri pimpinan DAP sering melaung-laungkan slogan ‘Cekap, Akauntabiliti, Telus – CAT’ dalam urusan pentadbiran mereka yang sudah memasuki penggal kedua.


Lebih pelik, strategi pemasaran banting berbahasa Mandarin itu jelas cuma difahami kaum Cina sedangkan Bandar Perda dibangunkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kawasan perbandaran baharu itu dihuni majoriti Melayu bersempadan Kampung Rawa dan Permatang Batu yang turut menempatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Politeknik Seberang Perai, Hospital KPJ dan banyak lagi.

Laman web pemaju projek itu www.bmcity.com.my malah hanya guna bahasa Inggeris serta menjelaskan projek tersebut mengandungi tiga blok apartmen 23 tingkat dengan 528 unit dikelilingi 40 unit kedai pejabat dua tingkat dan 1,450 petak parkir.

(Video promosi BM City yang memaparkan projek hartanah itu bakal dilengkapi skrin LED terbesar di Malaysia) 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori