PERAYAAN Thaipusam bagi tahun tahun 2015 yang jatuh pada Selasa, 3 Februari ini pasti memeriahkan lagi suasana majmuk masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Jika sebelum ini hanya Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor sahaja yang mengambil cuti umum sempena perayaan Thaipusam, kini negeri Kedah turut mengikut jejak langkah yang sama.
- Kedah (Baru)
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Johor
- Negeri Sembilan
- Perak
- Pulau Pinang
- Selangor
Dengan kemasukan Kedah kedalam senarai terkini cuti umum perayaan ini, maka semua syarikat swasta mahupun sektor kerajaan di negeri yang tersenai wajib membenarkan pekerja untuk bercuti pada tarikh tersebut.
Manakala bagi negeri-negeri seperti Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sabah dan Serawak adalah seperti biasa. -MNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd