Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Otak Manusia Dirampas Dalam...

WASHINGTON - Kastam Amerika Syarikat (AS) menemui otak manusia semasa melakukan pemeriksaan dalam...

Guan Dee Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Datuk Guan Dee Koh Hoi hari ini mengangkat sumpah jawatan...

Zahida Rafik Dan Rakan...

BOLEH gugur jantung melihat gambar terbaharu dimuat naik bekas pelakon, Zahida Rafik yang...

Pekerjaan Gadis Berniqab Ini...

Menggunakan Facebook profile Saya Tyra, gadis ini wajar dijadikan contoh tauladan kita semua. ...

Seram.. Penampakan Hantu Cermin Di Genting Highland

KEJADIAN paranormal dan mistik yang didakwa berjaya dirakam menggunakan kamera atau telefon bimbit bukanlah sesuatu yang baharu.

Namun begitu gambar penampakan hantu tetap mencuri perhatian masyarakat yang mahu melihat dengan mata kepala sendiri bukti kewujudan makhluk halus itu.

Penampakan hantu cermin ini, didakwa dirakam oleh rakan gadis dalam gambar tersebut di taman tema pusat hiburan terkenal Genting Highland.

Tukang ambil gambar ini juga, dikatakan pekerja di taman tema itu.

Gadis dalam gambar yang memilih untuk posing berdekatan sebuah cermin besar dilaporkan terkejut dan ketakutan selepas melihat hasil gambar tersebut.

Mana tidaknya, terjadi kejadian aneh di mana dalam gambar yang dirakam, kelihatan seorang gadis berwajah sama seolah-olah sedang memandang sinis ke arahnya.

hantu dalam cermin (1)


Jika difikir secara logik, mana mungkin gambar terhasil sebegitu rupa kerana cermin sepatutnya memantulkan balik imej sama dan bukan sebaliknya.

Terdapat desus-desus mendakwa, kawasan itu sememangnya ‘keras’ dan pelbagai cerita seram versi lain juga pernah berlaku di sana.

Begitu pun, tidak dinafikan terdapat individu yang suka mencari publisiti murahan dengan mencipta kontroversi dan misteri tertentu.

Apa yang pasti, tiada siapa mampu menyangkal kewujudan makhluk ghaib di muka bumi ini. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO PENAMPAKAN HANTU
https://www.youtube.com/watch?v=zkn76Pdx0TU
https://www.youtube.com/watch?v=84Ah5xJvTqM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori