Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Masih Ada Negara Terselamat...

ANKARA - Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan koronavirus (Covid-19) sebagai pandemik, dengan...

Tubuh Siasatan Diraja Siasat...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) memohon...

PRN: Calon PKR, DAP...

KUCHING - Kajian penganalisis politik tempatan mendapati, kepimpinan DAP dan PKR sebagai kerajaan...

Kes Liwat: Intipati Penghakiman...

PUTRAJAYA - Berikut ialah beberapa intipati penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam mengekalkan sabitan dan...

Elak Hujan Di Majlis Kahwin, ‘Cuma’ Sediakan RM500K

BUAT bakal pengantin yang risaukan cuaca pada hari perkahwinan, kini mereka boleh mendapatkan servis ini sebagai alternatif.

Syarikat pelancongan mewah, Oliver’s Travels kini menawarkan perkhidmatan inovatif itu buat pelanggan kaya yang menginginkan jaminan cuaca cerah dan baik.

Dengan caj sebanyak USD150,000 (RM545,025) servis tersebut bakal menggalakkan awam mendung sekaligus hujan, seminggu sebelum tarikh perkahwinan diadakan. Justeru, pada hari berlangsungnya upacara, cuaca akan menjadi baik.

cloud-bursting2-550x411 cloud-bursting-550x414

Walaupun kedengaran merepek, namun teknik pembenihan awan memang digunapakai bagi menghasilkan hujan.

Ia melibatkan tembakan silver iodine crystals terhadap awan di kawasan dikehendaki, sama ada menggunakan jet ringan mahupun dari darat.


Partikel tersebut kemudiannya akan membekukan titisan air yang membentuk awan, lantas membuatkannya membesar dan berat sebelum jatuh sebagai hujan.

Syarikat tersebut kini sedang melebarkan sayap perkhidmatan mereka dalam pasaran industri perancang perkahwinan. Kini bertapak di Perancis, mereka merancang untuk memasuki pasaran United Kingdom selepas ini.

Walaupun idea tersebut boleh dikategorikan sebagai hebat namun terdapat beberapa kekurangan dalam pelaksanaannya, termasuklah ia hanya berkesan kepada bentuk awan yang kecil dan sederhana besar sahaja. -MYNEWSHUB.CC

Berita Tentang Pembenihan Awan Yang Dilakukan Di Amerika Syarikat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori