Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pengundi Rantau Beri Tok...

REMBAU - Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diminta memberi kemenangan besar yang...

Setiap Perdana Menteri Melakukan...

KLANG - Setiap perdana menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa dan sumbangan...

Allahyarham Adenan Akan Dikenang...

KUCHING - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tanjong Datu...

Media Sosial Bukan Gambaran...

ALOR SETAR - Perang politik di media sosial dilihat kian membahang menjelang pilihan...

Setahun Pun Belum Tentu Cukup Untuk Pulih – Mangsa Banjir

Bencana banjir yang melanda negara hujung tahun lepas kini dilihat sudah semakin pulih dengan beberapa lokasi sudah surut airnya dan penduduk mula kembali ke rumah untuk membersihkan rumah masing-masing yang dipenuhi lumpur.

Tinjauan Mynewshub.cc di Temerloh, Pahang mendapati laluan biasa masuk ke kawasan kampung di daerah berkenaan sudah semakin bersih dari kesan lumpur tetapi keadaan rumah mangsa masih teruk dan memakan masa untuk pulih.

Beberapa orang penduduk yang ditemui berkata tempoh setahun pun mungkin belum tentu cukup untuk mereka pulih seperti keadaan sebelum banjir.

Sudahlah rumah dipenuhi selut dan lumpur, sampah sarap akibat perabot dan peralatan elektrik yang musnah juga dilihat dilonggokkan sahaja di hadapan rumah selepas rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

BanjirTemerloh_2 BanjirTemerloh_3 BanjirTemerloh_4 BanjirTemerloh_5

Kebanyakan sampah yang dibuang penduduk ialah almari, perabot kayu, buku yang rosak serta mesin basuh dan peti sejuk yang rosak kerana dimasuki air banjir.

Bagaimanapun, penduduk daerah itu bersyukur kerana banyak bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan juga parti politik seperti UMNO mencurah-curah khususnya dari segi bahan makanan dan juga pakaian.

Di Temerloh, pasukan sukarelawan daripada IM4U, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan UMNO Bahagian Klang dilihat turun dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Temerloh.

Wakil Biro Kebajikan dan Sukarelawan Pemuda UMNO Klang Azzan Aziz berkata mereka tidak sangka apabila melihat ada rumah yang sudah dibina dengan tinggi bagi mengelak banjir tetapi tetap dinaiki air sehingga ke paras siling.


Wakil Biro Kebajikan dan Sukarelawan Pemuda UMNO Bahagian Klang Azzan Aziz (hujung, kanan) bersama pasukan sukarelawan UMNO bahagian berkenaan di Temerloh menyertai misi bantuan banjir di daerah itu yang paling teruk terjejas di Pahang. - Foto MYNEWSHUB.CC
Wakil Biro Kebajikan dan Sukarelawan Pemuda UMNO Bahagian Klang Azzan Aziz (hujung, kanan) bersama pasukan sukarelawan UMNO bahagian berkenaan di Temerloh menyertai misi bantuan banjir di daerah itu yang paling teruk terjejas di Pahang. – Foto MYNEWSHUB.CC

“Ada rumah Imam di sini (Temerloh) sudah pun tinggi tetapi air tetap sampai siling, kita tidak tahulah, masa mula-mula tiba kami menangis melihat keadaan ini,” katanya kepada Mynewshub.cc.

Menurut beliau, UMNO Klang datang ke Temerloh membantu mangsa banjir dengan kekuatan kira-kira 50 orang membantu membersihkan rumah serta mengagihka bantuan dari rumah ke rumah.

“Pemuda ada program kita, Bahagian ada program pembersihan, program Pemuda ada sesi serahan barang seperti barang mentah, barang basah dan pakaian,” katanya.

Beberapa lokasi di kampung-kampung di Temerloh turut dilonggokkan pakaian yang diberikan orang ramai kepada mangsa banjir untuk dipilih mangsa.

Penduduk kampung di Temerloh memilih bantuan pakaian yang dilonggokkan untuk kegunaan mereka selepas ada pakaian yang rosak serta dihanyutkan air akibat banjir - Foto MYNEWSHUB.CC
Penduduk kampung di Temerloh memilih bantuan pakaian yang dilonggokkan untuk kegunaan mereka selepas ada pakaian yang rosak serta dihanyutkan air akibat banjir – Foto MYNEWSHUB.CC

Tinjauan ke beberapa buah rumah kampung di daerah berkenaan juga menunjukkan keadaan selut yang dalam dan juga menyukarkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Tragedi banjir yang melanda daerah itu disifatkan sebagai yang paling buruk sejak yang terakhir berlaku pada sekitar tahun 70-an. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Video Lebuh Raya Pantai Timur Di Temerloh, Banjir

http://youtu.be/7w7CaiSmRqA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori