Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dewan Rakyat Kecoh Isu...

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila seorang Ahli Parlimen...

Kartunis Zoy Meninggal Dunia...

SHAH ALAM - Kartunis Zoy atau Mohd Zohri Sukimi, 57, meninggal dunia di...

“Saya Akan Berhenti Menulis...

KETUA Pemakan Dedak Pakatun, Outsyed The Box yang sering memadamkan tulisannya selepas sehari...

4,730 Kes Didakwa Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara merekodkan sebanyak 4,730 kes pendakwaan di bawah...

23 Kematian Dicatat Akibat Banjir, 3 Masih Hilang

IBARAT keadaan tragedi tsunami sepuluh tahun lalu di Aceh, Indonesia.

Itu luahan sukarelawan dan mangsa yang menceritakan bagaimana teruknya keadaan bencana banjir luar biasa yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia tahun ini.

Tambah pilu, fenomena alam itu telah mengorbankan sejumlah mangsa. Terbaharu, pihak polis mengesahkan sebanyak 23 kematian dilaporkan setakat ini akibat banjir besar itu manakala, tiga orang lagi dilaporkan masih hilang.

Memetik laporan The Rakyat Post, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Kelantan mendahului catatan kematian tertinggi dengan 11 mangsa manakala Terengganu dan Pahang pula masing-masing lima kematian dan Perak, dua kes kematian.

“Mangsa-mangsa yang masih hilang berjumlah tiga orang dengan Kelantan mencatatkan dua orang dan Terengganu seorang,” katanya.


Pada masa sama, Khalis turut mengulas pihaknya akan berusaha melakukan kerja-kerja pembersihan terhadap 24 buah balai polis seluruh negara yang terjejas ekoran banjir sebelum taksiran nilai kerugian dijalankan.- MYNEWSHUB.CC

VIDEO SITUASI BANJIR

https://www.youtube.com/watch?v=q1CdcMd4HGo
https://www.youtube.com/watch?v=8yJe4jtgVn0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori