Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sederhana, Jangan Bazir Makanan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya bersederhana...

K’jaan Perpaduan: Majlis Syura...

KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama menafikan dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul...

Pemimpin PAS Hidup Mewah...

KUALA LUMPUR - Mustahil PAS mahu memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Ubat COVID-19 Tanpa Vaksin...

PUTRAJAYA - Ubat yang didakwa mampu memulihkan pesakit COVID-19 tanpa menggunakan vaksin yang...

Sia-Sia Jer Terjun Hotel Elak Dicekup Berkhalwat

INILAH yang dikatakan “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.”

Gara-gara tidak mahu dicekup berkhalwat bersama seorang wanita, seorang lelaki tegar untuk melompat dari tingkat satu di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Malangnya, kebodohan tidak bertempat itu menyebabkan lelaki, 26 tahun ini cedera di kaki dan kepala.

KhalwatLari_1

Pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira pukul 5.20 pagi itu mendapati lelaki berkenaan merupakan seorang pejawat awam.

Menurut Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, beberapa pegawainya yang melakukan pemeriksaan cuba menghalang lelaki tersebut sebelum menyedari tindakannya.


“Namun lelaki yang panik selepas menyedari kehadiran kami itu terus memanjat tingkap bilik hotel sebelum terjun ke atas khemah.

“Tindakan itu hanya mengundang padah apabila dia tergelincir sebelum terjatuh,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, seramai 44 individu berusia 17 hingga 50 tahun ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Sambutan Tahun Baru 2015 itu.

Kesemua mereka disyaki melakukan perbuatan maksiat dan berkhalwat.

Pada masa itu, operasi yang dijalankan dari pukul 1 hingga 6.30 pagi itu turut menahan wanita berusia 50 tahun yang merupakan isteri orang bersama pasangan berusia 45 tahun.- MYNEWSHUB.CC
VIDEO BERKHALWAT DALAM SEMAK PUN BOLEH…
https://www.youtube.com/watch?v=WpIZGTmzVms

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori