Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Mane Pecah Rekod...

BARCELONA perlu membayar dengan harga rekod dunia £224 juta (RM1.221 bilion) jika mahu...

Khidmat Guaman Percuma Untuk...

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan memperkenalkan...

Mesyuarat UMNO-PAS Pertama Coret...

MESYUARAT julung kali UMNO dan PAS di ibu negara petang ini antara lain...

Ahli Parlimen Kota Melaka,...

MELAKA - Empat pemimpin DAP negeri, termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him bertindak...

Tabung Bantuan Pemuda PAS Satu Penipuan Terancang?

KUALA LUMPUR – Maybank tidak memaparkan nama Tabung Kemanusiaan Pemuda pada skrin komputer semasa orang ramai mahu memberi sumbangan kepada mangsa banjir melalui Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat mendakwa, situasi itu menyebabkan ramai orang keliru sama ada mereka akan memasukkan wang sumbangan ke dalam akaun yang betul untuk disalurkan kepada tabung bantuan berkenaan.

“Ada membangkitkan isu kenapa apabila semak dalam maybank2you dan ATM bukan Tabung Kemanusiaan Pemuda yang dipaparkan sebaliknya Parti Islam Semalaysia yang keluar.

“Apakah dana ini bercampur dengan kewangan operasi Pemuda? Apakah Pemuda menipu?” soalnya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Suhaizan menjelaskan, situasi itu berlaku kerana terdapat dua nama dalam pangkalan data Maybank iaitu nama pelanggan, nama pertubuhan dan nama akaun iaitu akaun yang dibuka dalam pertubuhan itu.


Menurutnya, nama pelanggan dalam akaun itu adalah Parti Islam Semalaysia dan nama akaun adalah Tabung Kemanusiaan Pemuda tetapi malangnya Maybank hanya memaparkan nama pelanggan sahaja.

“Ini telah menyebabkan kekeliruan kepada penyumbang pasca banjir. Saya sudah bercakap dengan pihak pengurusan Maybank agar memperbaiki masalah ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kuala Krai di Kelantan yang terjejas dengan bencana banjir sedang mengalami cuaca sejuk.

“Bayangkan rumah mereka ranap, berlindung sementara di khemah dan bangsal. Paginya yang sejuk. Moga mereka tabah dan kita terus prihatin,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori