Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

65 Peratus Keluar Mengundi...

PETALING JAYA : Statistik keluar mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat 3...

Penjara Menanti Jika Lambat...

KEBIASAANNYA, jika terlewat memulangkan semula buku yang dipinjam ke perpustakaan, kita hanya perlu...

Ladang Durian Haram Dalam...

RAUB: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub bertindak memusnahkan lebih 600 pokok durian klon...

Peng Soon-Liu Ying Ikut...

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut...

Singapura Pasang Panel Solar Pelabuhan Terbesar Di Dunia

SINGAPURA – Terminal Jurong yang membentuk sebahagian besar pelabuhan Singapura di republik itu bakal memiliki kemudahan panel kuasa solar berteraskan aktiviti pelabuhan yang terbesar di dunia, lapor stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia.

Ruang bumbung gudang seluas lebih 8,830 meter persegi atau sebesar 13 buah padang bola sepak akan dipasang dengan lapisan panel-panel tenaga suria tersebut yang dijangka berupaya menjana kuasa elektrik sehingga 10 megawatt.

Jumlah bekalan tenaga itu menyamai penggunaan elektrik tahunan bagi 2,800 unit flat dengan empat buah bilik milik agensi perumahan pemerintah, menurut kenyataan dikeluarkan operator pengendali pelabuhan, Jurong Port Pte. Ltd. di sini.

Kuasa elektrik yang dijana oleh panel matahari itu akan dapat digunakan semula untuk segala operasi harian pelabuhan Jurong yang diwujudkan sejak 1963 dan kini menguruskan kira-kira 40,000 buah kapal dagang antarabangsa setiap tahun.


Namun, jika ada lebihan tenaga, bekalan itu akan disalurkan pula kepada grid elektrik Singapura bagi kegunaan domestik, manakala projek tersebut yang bakal bermula pada Februari ini dijangka selesai menjelang Disember akan datang.

Projek mega bernilai S$30 juta (RM80 juta) itu adalah hasil kerjasama antara penyedia terbesar panel suria di dunia, Sunseap Enterprise Pte. Ltd. Singapura yang berpengalaman lebih 20 tahun dan rakan perniagaannya, Solar PV Exchange.

Terminal Jurong adalah pelabuhan terbesar di Singapura daripada 10 buah terminal lain dengan keluasan 105 hektar serta memiliki 23 dermaga sepanjang 4.5 kilometer dan fasiliti gudang sebesar 280,000 meter persegi. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori