Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Takziah Kemangkatan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Quincy Jones Dakwa Michael...

NEW YORK - Penerbit muzik legenda yang juga 'orang kuat' di sebalik kemasyhuran...

Iran Beri Amaran Percepat...

TEHRAN – Iran memberi amaran akan membina bom nuklear pada kadar segera yang...

‘Ustaz Budak’ Didakwa Cabul...

KOTA BHARU - Seorang ustaz yang juga pengusaha madrasah di Kelantan yang lebih...

Singapura Sekat Laman Web Judi Berkuatkuasa 2 Feb

SINGAPURA – Laman web yang menyedia, mengiklan atau mempromosi perkhidmatan judi jarak jauh akan disekat mulai Isnin (2 Feb) sebaik saja Akta Judi Jarak Jauh (RGA) dikuatkuasakan, demikian diumumkan Kementerian Dalam Negeri (MHA).

Dalam satu kenyataan, MHA berkata transaksi bayaran berkaitan aktiviti judi jarak jauh haram akan juga disekat.

RGA diluluskan di Parlimen pada 7 Okt tahun lepas.

Matlamat mengawal selia judi jarak jauh ini antara lain untuk mengurangkan potensi ‘merosak’ terutama golongan muda, kata kenyataan itu.

Di bawah akta itu, adalah satu kesalahan bagi seseorang berjudi secara jarak jauh dengan pengusaha haram, memberi kemudahan kepada orang lain berbuat demikian, atau memberi perkhidmatan judi jarak jauh haram.


Sementara itu, Lembaga Pembangunan Media (MDA) dalam satu kenyataan berkata akta berkenaan tidak meliputi ‘game’ yang tidak, sebagai sebahagian daripada reka bentuknya, membolehkan pemain menerima hadiah atau ganjaran berharga hasil daripada permainan game berkenaan.

Yang demikian akta itu tidak meliputi ‘sosial game’seperti Farmville dan Candy Crush Saga dalam bentuknya sekarang.

Bagaimanapun, ia melarang game ala-kasino yang memberikan pemain peluang untuk memenangi wang atau ganjaran dalam bentuk barangan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori