Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Komited Pastikan Keselesaan Anggota...

SEPANGGAR - Peranan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam mempertahankan keselamatan dan...

Polis Buru Lelaki Terlibat...

SEREMBAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes...

Alahai FAS Dihina Exco...

TINDAKAN biadab Exco Sukan Selangor, Amirudin Shari gagal mengawal emosi hingga terkeluar perkataan...

Video: Budak Sekolah Agama...

SEBUAH rakaman video yang menunjukkan seorang murid tahun enam membelasah rakan sekelasnya sambil...

Sirul Azhar Di Luar Negara, Gagal Hadir Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Tertuduh kedua kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini kerana berada di luar negara.

Menurut sumber beliau telah mengetahui tarikh penghakiman mahkamah ditetapkan hari ini namun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia.

Beliau telah berada di luar negara kira-kira dua bulan lepas dan ketika ditanya Bernama adakah Sirul Azhar tidak pulang kerana telah menjangka keputusan yang tidak berpihak kepadanya, sumber tersebut berkata “Ia (keputusan) tidak boleh dijangka namun Sirul masih perlu berada di luar negara,”.

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori