AKHBAR Australia, Sydney Morning Herald  melaporkan salah seorang individu yang membunuh Altantuya Shaariibuu iaitu bekas koperal Sirul Azhar Umar berkemungkinan ditahan di pusat tahanan Sydney, Australia untuk selama-lamanya.
Sirul, 43, kini dipindahkan ke pusat tahanan Villawood pinggir bandar barat Sydney selepas ditahan di Ipswich, Queensland pada 20 Januari lalu.
[WAJIB BACA: Dua Peguam Sirul Kini Di Sydney, Cuba Dapat Pembebasan]
Mahkamah Persekutuan Malaysia sebelum ini telah memutuskan bahawa Sirul bersama-sama Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Bagaimanapun Sirul gagal hadir pada prosiding berkenaan kerana berada di Australia dan dikatakan tidak dapat pulang kerana masalah kewangan.
Susulan itu pihak Interpol mengeluarkan notis merah yang membawa kepada penahanan Sirul oleh pihak berkuasa sana.
Malaysia dilaporkan gagal membuat permohonan ekstradisi Sirul kerana undang-undang Australia menghalang proses terbabit andai ia melibatkan individu yang menerima hukuman mati. -MYNEWSHUB.CC
Pihak Berkuasa Malaysia Kemuka Permohonan Rasmi Ekstradisi Sirul