Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Kes Kuil...

KUALA LUMPUR — Kertas siasatan berhubung kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang...

Syarikat Telco Kerugian RM10...

HULU TERENGGANU - Syarikat telekomunikasi (Telco) terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun...

Misil Menuju Ke Makkah...

JEDDAH - Pasukan Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi memintas dan memusnahkan dua misil...

Video: Lelaki Warga Asing...

SEORANG gadis dipercayai berusia lingkungan belasan tahun, dicabul oleh seorang lelaki warga asing di...

Sirul Ditawar Tiket Penerbangan Untuk Hadapi Hukuman Mati

SEBUAH NGO pada Sabtu, membuat tawaran terhadap Koperal Sirul Azhar Umar untuk pulang ke Malaysia dan menghadapi hukuman mati yang telah dijatuhkan kepadanya oleh Mahkamah Persekutuan, Selasa lalu.

[WAJIB BACA INI: Kes Altantuya, Azilah Dan Sirul Ke Tali Gantung Juga]

crime-2-m6-May

Menurut Pengerusi Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan Pemantau Jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan, tawaran dibuat adalah memberikan tiket penerbangan percuma setelah Sirul yang kini berada di Australia, dilaporkan tidak mampu pulang ke Malaysia akibat kesempitan duit.

Sekiranya alasan yang diberikan peguamnya itu sah dan tidak berniat untuk melarikan diri daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan, sudah tentu dia akan menerima tawaran ini dan pulang untuk menghadapi hukuman.”

Azilah Dan Sirul

Umum sedia maklum, Sirul, salah seorang suspek kes bunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah setelah kes tersebut berlangsung selama kira-kira 9 tahun.

Walau bagaimanapun, menurut Sanjeevan, asalan yang diberikan oleh peguambela Sirul itu tidak munasabah dan tak masuk akal!


Bukan itu sahaja, dia turut kesal kerana tertuduh dibenarkan bebas daripada ikat jamin ketika rayuan terhadap pembebasannya sedang dibuat.

“Pergerakannya harus dipantau dengan teliti selepas ikat jamin tetapi bagaimana seorang suspek pembunuhan dalam kes berprofil tinggi boleh keluar negara tanpa dikesan?

Perkara ini perlu disiasat dengan rapi dan perlu malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa negara.”

Tanggal 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua-dua suspek setelah dituduh membunuh Altantuya pada 2006. – MYNEWSHUB.CC

Kronologi Kes Pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori