Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Henti Kaitkan PPBM Dengan...

ALOR SETAR - Sambil menzahirkan rasa kecewa, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),...

Thailand Tidak Anggap Malaysia...

MELAKA - Jurulatih Thailand, Sompron Sunyabut menyifatkan Malaysia bukan lawan yang mudah dikalahkan...

RM1.5 Bilion Untuk Projek...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah...

Banjir: Calon Temu Duga...

PUTRAJAYA - Calon yang telah dijadual untuk menghadiri temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam...

Sirul Dipenjara Di Australia.. Mungkin Sekejap @ Selamanya!

TERTUDUH kes bunuh wanita Mongolia, Sirul Azhar Umar yang kini ditahan pihak Imigresen Australia mungkin dipenjarakan untuk tempoh tertentu di negara itu sebelum dapat dihantar ke Malaysia.

Terdapat kemungkinan juga, Sirul ditahan di Australia selama-lamanya jika permohonan ekstradisi dari pihak Malaysia ditolak oleh negara tersebut.

Sirul kini ditahan di Brisbane selepas ditangkap Selasa lepas atas kesalahan imigresen, menurut laporan Mstar Online.

MENARIK –Polis Bincang Dengan Peguam Negara Tindakan Ke Atas Sirul

Di Australia, proses dan prosedur berkaitan ekstradisi boleh memakan masa yang lama.

Sirul tiba di Australia pada Oktober tahun lalu dengan menggunakan visa pelancong dan pasport yang sah, tetapi ia kemudiannya dibatalkan selepas notis merah dikeluarkan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan dan menangkapnya.

Sirul ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia yang menyerbu sebuah rumah di Brisbane, Selasa lalu.

Jurucakap jabatan itu pada Rabu mengesahkan bahawa mereka telah menahan seorang ‘bukan warganegara yang menyalahi undang-undang’ di Brisbane.


“Jabatan menyedari kepentingan individu ini kepada pihak berkuasa Malaysia. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab privasi, kami tidak boleh mengulas lanjut,” katanya.

Dipercayai, Sirul mungkin ditempatkan di Pusat Tahanan Imigresen di Sydney tidak lama lagi.

Sirul sebelum ini gagal hadir di Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu, di mana mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2008.

Mahkamah kemudian mengeluarkan waran bagi penangkapan Sirul. -MYNEWSHUB.CC

Berita Berkaitan Pembunuhan Altantuya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori