Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Bersama Dadah...

KUANTAN – Seorang lelaki ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM64,500 di dalam...

“Demi Anak… Saya Perlu...

"SEMAKIN kuat saya lawan, semakin banyak didatangi ujian kerana setahun selepas jalani CAPD,...

Bengang Dengan Penganjur TN50,...

RUMAH siap, pahat berbunyi - selepas kes produser David Teo ditampar oleh pelakon Mat...

KDN Teliti Hasil Laporan...

PETALING JAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti laporan salah laku membabitkan pegawai...

Sistem Tenaga Solar Mungkin Alternatif Elelktrik Ketika Bencana

JOHOR BAHARU – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sedang mengkaji kemungkinan memasang sistem tenaga solar di pusat pemindahan banjir sebagai satu daripada alternatif bekalan elektrik pada musim bencana.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementeriannya sedang meneliti cadangan itu, memandangkan banyak pencawang elektrik ditenggelami air sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kawasan terlibat banjir.

“Kami mahu mengkaji dan melihat berapa banyak pusat pemindahan boleh digunakan untuk fasa pertama. Ini boleh menjadi alternatif kepada bekalan elektrik ketika banjir atau pada musim bencana kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tenaga boleh baharu solar di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Beliau berkata selain tenaga solar, pihaknya juga bercadang untuk memasang sistem penuaian air hujan yang boleh digunakan bagi memerangkap air hujan dan kemudiannya ditapis bagi kegunaan semula, di pusat-pusat pemindahan yang sama.

“Pada hari biasa, tenaga elektrik yang dijana melalui tenaga solar boleh dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pendapatan sampingan,” kata beliau.

Mahdzir berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai kos bagi membina sistem-sistem berkenaan untuk memulakan kajian dalam masa terdekat.

“Bila semua maklumat dah lengkap, kami akan membuat cadangan kepada kerajaan,” kata beliau.


Sehingga 25 Dis tahun lepas, TNB menghentikan sementara bekalan ke 1,266 buah pencawang elektrik di beberapa daerah atau kawasan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditenggelami air.

Bagi membekalkan elektrik sementara di kawasan tersebut, TNB menggunakan lebih 70 set janakuasa berkapasiti antara 500 kW hingga 1,000 kW untuk tujuan tersebut.

Sementara itu, Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar konsep sistem wakaf solar diperkenalkan di surau dan masjid di negeri ini sebagai satu daripada cara menampung kos untuk menjalankan aktiviti dan program kemasyarakatan.

Selain mendapat pendapatan sampingan, masyarakat juga boleh sama-sama menyumbang kepada pembangunan masjid selain memperkenalkan konsep tenaga baharu kepada masyarakat setempat, katanya.

Setakat ini, dua masjid dan enam surau di kawasan parlimen Johor Baharu dilengkapi sistem tenaga solar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori