Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tembak Lelaki Bergari...

Savannah, Georgia - Seorang anggota polis Amerika Syarikat yang menembak mati seorang lelaki...

Lebih Singkat Skirt Lebih...

CHINA - Sebuah restoran di Jinan mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan iaitu...

Plaza Tol Batu Tiga...

PARIT BUNTAR - Kementerian Kerja Raya menjangkakan kerja-kerja perobohan struktur binaan Plaza Tol...

Ibu Tumpang Kemboja Dibayar...

PHNOM PENH – Satu serbuan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Kemboja terhadap perdagangan...

Siti Nurhaliza Enggan Ulas Status Facebook Saari Amri

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai status Facebook komposer Saari Amri yang mendakwa penyanyi itu mengetahui sebab musabab kenapa Zamani mengambil dadah.

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya.

“Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, Saari menulis status berbaur kontroversi berbunyi “Ct Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu” merujuk kepada berita penahanan Zamani atas dakwaan penyalahgunaan dadah, Selasa lalu.


Zamani yang popular di era 90-an dengan lagu Gerimis Mengundang sudah dibebaskan dengan jaminan polis, pagi tadi di Balai Polis Hulu Klang. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=YTFZIyKQ04w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori