Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Shafie Keluar UMNO Kerana...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini berkata...

Hubungan Cinta Kaka Azraff,...

SELEPAS berakhirnya program Duo Star, memang ada desas-desus menyatakan penyanyi Kaka Azraff dan Rody...

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 - Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)...

Ringgit Dibuka Rendah Untuk...

KEBIMBANGAN pelabur terhadap impak perang dagangan Amerika Syrikat (AS) dan China terbukti memberi...

Siti Sumbang RM310,000 Buat Mangsa Banjir Sempena ‘Birthday’

TANGGAL 11 Januari merupakan tarikh kelahiran penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Maka semalam (Ahad), para peminat dan pengikut laman sosial Siti mengambil kesempatan memberikan ucapan kepadanya. Malah, ramai juga yang dilihat memuat naik foto dan video khas buat pelantun lagu Cindai itu di akaun Instagram dan Twitter masing-masing.

Saluran radio Era pula mengkhaskan semalam sebagai hari tribute buat Siti dengan memutarkan lagu-lagu nyanyiannya lama dan baharu.

Untitled

Ketika sambutan ulangtahun kelahiran ke-36 penyanyi itu diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, Siti membuat pengumuman tentang sumbangan besarnya kepada mangsa banjir iaitu sebanyak RM310,000!

[BACA INI JUGA : Siti Nurhaliza Naik Jentolak Bantu Mangsa Banjir]

Siti memang dikenali sebagai seorang yang prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik kerana sering membuat sumbangan peribadi sebelum ini.

Malah, beberapa minggu lalu, beliau yang turut dikenali sebagai Tokti dalam kalangan peminatnya, telah turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di negeri kelahirannya, Pahang. Siap naik jentolak lagi..


10919642_1601734410056898_1341858434_n

Sesi penyerahan cek sumbangan Siti disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada majlis semalam.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis adalah pelawak Zizan Razak, pelakon Izara Aishah, Tegar dan ramai lagi.

Memang bagus sekali perbuatan Siti yang memilih untuk ‘memberi’ walaupun kalau diikutkan adat, beliau yang sepatutnya ‘menerima’ hadiah pada sambutan hari jadinya. Tak apalah, amalan begini yang sebenarnya menambahkan lagi rezeki seseorang..

Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran buat Datuk Siti Nurhaliza! – MYNEWSHUB.CC

Persembahan Datuk Siti Nurhaliza Di Konsert Satu Pada Tahun 2011

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori