Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kazakhstan Minat Tarik Pelaburan,...

NEW YORK - Kazakhstan, yang menonjolkan dirinya sebagai gerbang Asia Tengah antara Eropah...

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan...

SHAH ALAM - Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung...

KDN Keluar Perintah Larangan...

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang mencetak, menjual atau memiliki sebarang jenis pakaian...

Ketua Pemuda PPBM Biadap...

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed...

Skandal Seks Putera Andrew ‘Gegar’ Istana Buckingham

LONDON – Istana Buckingham semalam mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap tuduhan seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa pernah menjadi ‘budak seks’ ketika bawah umur dengan kerabat diraja Inggeris, Putera Andrew.

Wanita yang cuma dikenali menerusi dokumen perundangan sebagai Jane Doe #3 telah memfailkan aduan kepada pihak mahkamah Florida mendakwa pernah dikurung seorang pelabur saham terkenal Wall Street, Jeffrey Epstein dari 1999 sehingga 2002.

Lelaki itu merupakan rakan Andrew yang digelar Duke of York; adinda Putera Charles – pewaris takhta Inggeris selepas Ratu Elizabeth II; yang lahir pada 1960 serta pernah mengahwini Sarah Ferguson dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie.

Dalam satu kenyataan awal pada Jumaat lalu, Istana Buckingham menafikan tuduhan wanita itu namun kemudian mengeluarkan kenyataan kedua ekoran beberapa akhbar ternama British pada Ahad menyiarkan wawancara dengan mangsa jenayah seksual terbabit.

“Kami membantah kenyataan media bahawa Duke of York kononnya pernah menjalin hubungan seks atau apa-apa sentuhan intim dengan wanita itu. Tuduhan tersebut adalah palsu dan tiada asas,” kata jurucakap Istana Buckingham di sini hari ini.


Akhbar The Mail on Sunday dan Sunday Mirror menerbitkan temubual itu yang mendakwa putera berusia 54 tahun itu memaksa dia melakukan hubungan seks ketika berada di London, New York dan Carribean atas perintah daripada Epstein selama 4 tahun.

Epstein, yang dikenali sebagai teman kepada Andrew, putera kedua Ratu Elizabeth II itu, pernah didapati bersalah pada tahun 2008 kerana memujuk seorang gadis di bawah umur untuk melakukan pelacuran dan beliau kemudian dijatuhi hukuman penjara.

Namun, peguam ternama AS, Alan Dershowitz yang turut disebut dalam aduan wanita tersebut menyangkal tuduhan Jane Doe #3 sebaliknya profesor undang-undang di Universiti Harvard itu mendakwa, tuduhan berkenaan sengaja dikarang pihak tertentu.

“Mereka sangat licik salah guna proses perundangan AS, bahkan saya langsung tidak kenali wanita ini kononnya saya dibayar oleh Epstein untuk menutup cerita ini yang sebenarnya adalah palsu,” tegasnya kepada stesen BBC dan agensi berita AFP.

Andrew ialah bekas juruterbang helikopter tentera udara diraja Britain ketika Perang Falklands menentang Argentina pada 1982 dan pernah menjadi duta khas pelaburan antarabangsa British selama 10 tahun sebelum bersara pada 2011. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori