Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Beri Peluang Pekerja Libat...

PUTRAJAYA – Sebanyak 73 peratus daripada golongan pekerja di Malaysia mengalami masalah berat...

KTMB Perkenal Laluan Padang...

PADANG RENGAS - Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan...

Agong, Raja Permaisuri Berangkat...

Melaka : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Polis Padankan Maklumat Bagi...

Putrajaya : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan proses pemadanan maklumat baki mangsa...

Solat Ghaib Dilakukan Buat Mangsa QZ8501 Beragama Islam

MISTERI kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 selepas terputus hubungan dengan menara kawalan ketika penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu akhirnya terjawab.

Ini berikutan penemuan serpihan pesawat dan mayat penumpang serta anak kapal di perairan Kalimatan.

Justeru, kerajaan Indonesia mengadakan ‘solat ghaib’ bagi mendoakan kesemua mangsa beragama Islam yang terkorban dalam nahas tersebut di Masjid Al Akbar, Surabaya.

Solat ghaib ini dilakukan demi memudahkan dan melancarkan lagi usaha mencari korban lain pesawat AirAsia berkenaan.

Solat tersebut telah dilaksanakan sebentar tadi, seusai solat Jumaat dan diimamkan oleh KH Andussomad Bukhari.

salat-gaib-1133151_gaib salat-gaib-3 salat-gaib-4

Untuk pengetahuan anda, solat ghaib hanya berkumandangkan takbir sambil berdiri, tanpa rukuk dan sujud.


Menurut laporan detik.com, Ketua Majelis Ulama Indonesia Jawa Timur ( MUI Jatim) Abdussomad berkata, atas dasar keprihatinan terhadap nahas tersebut, kita haruslah mendoakan umat islam yang telah terkorban.

Disamping itu, beliau berpesan kepada keluarga mangsa agar banyak-banyak bersabar dan menerima ketentuan takdir Ilahi ini.

“Takdir merupakan kehendak Allah, manusia hanya boleh berikhtiar,” tambah Abdussomad.

Solat ghaib biasanya dilakukan terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

VIDEO BERITA KEHILANGAN PESAWAT BERKENAAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori