Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bukan Mourinho, Tapi Sebab...

BINTANG legenda Manchester United, Gary Neville menegaskan masalah kelab itu berpunca daripada pengurusan...

PSMZA Adakan Kempen Derma...

DUNGUN - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini mengadakan kempen derma...

Kastam, KPDNKK Digesa Bertindak...

LUMUT - Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan...

Euro 2020: Sepanyol Tempah...

SEPANYOL bakal membuat perhitungan dengan Croatia pada pusingan 16 terbaik selepas membenam Slovakia...

Salute.. Awie Luah Hasrat Akan Derma Segala Organnya

TERKEJUT bercampur bangga apabila penyanyi rock terkenal, Awie meluahkan hasrat hatinya untuk menderma segala organ badannya kepada pihak yang memerlukan selepas dia meninggal dunia kelak.

Tidak dinafikan, masih ramai insan yang tidak sanggup melakukan pengorbanan semulia ini namun siapa sangka Awie mempunyai niat murni bagi membantu insan yang lebih memerlukan suatu hari nanti.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berpendapat tindakan menderma organ adalah satu perbuatan mulia kerana ia merupakan amal jariah yang besar maknanya.

”Saya berasakan menderma organ itu amat baik kerana ia dapat membantu mereka yang memerlukan.

”Pada saya, apabila meninggal dunia, badan kita akan dimakan bumi manakala roh akan pergi ke alam lain. Kita tidak boleh buat apa-apa dah apabila mati. Jadi, lebih baik organ kita diberikan kepada orang lain sebagai sedekah,” ujarnya.

Awie turut mengajak orang ramai supaya melakukan amalan berkenaan kerana dapat membantu banyak pihak yang menderita.


Hasrat ini diluahkan Awie dalam program derma darah dan organ anjuran Politeknik Kota Bahru, Kelantan Isnin lalu.

Buat mereka yang berhasrat mendermakan organ bolehlah layari www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan. – MYNEWSHUB.CC

Video Lagu Awie Dan Erra : Cinta Makrifat

Video Pemergian Ibu Awie

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori