KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan kemudahan di Stadium Darul Aman.
Laman Facebook KFA dalam satu kenyataan memberitahu, stadium itu akan dilengkapi dengan sistem siaraya menggunakan teknologi Amerika Syarikat.
“Bermula musim 2015 ini, Perbadanan Stadium Negeri Kedah akan menggunakan sistem siaraya menggunakan teknologi dari AS.
“Ia bagi memastikan penyokong dapat mendengar dengan lebih jelas dan sekali gus memeriahkan suasana (di stadium),” kata kenyataan itu.
KFA turut memaklumkan peningkatan taraf fasiliti stadium, penjualan pas bermusim di kaunter dan secara dalam talian mulai musim ini. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=I4NsCXtSDzI