Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kajian Pendek SOP 21...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk memendekkan prosedur...

Diana Disenarai Hitam LHDN,...

“SAYA dah cukup sabar dan bertolak-ansur dengan mereka, tapi cara mereka sangat mendesak....

Singapura Larang Orang Bujang...

SINGAPURA - Sejak 2014, Lembaga Pembangunan dan Perumahan Singapura (HDB) menerima sejumlah 235...

Berkereta Mewah,Tapi Kantoi Curi...

KALAU dah dasar penyangak, memang tak kira tempat dia tetap sanggup melakukan perbuatan kejinya...

MH370: Status Kahwin Mangsa Agama Islam Tak Terbubar

PUTRAJAYA – Status perkahwinan bagi mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang beragama Islam tidak terbubar walaupun kerajaan mengisytiharkan semua penumpang pesawat malang itu terkorban.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata untuk menentukan status sesuatu perkahwinan terbubar, perintah Anggapan Kematian atau perintah pembubaran perkahwinan perlu dibuat oleh mahkamah.

“Pada pandangan saya walaupun dengan pengisytiharan yang dibuat oleh kerajaan tentang status MH370, ia belum membubarkan status perkahwinan mangsa-mangsa dan sebarang tuntutan ke atas harta pusaka tidak boleh dibuat.

“Hanya mahkamah yang boleh mengeluarkan perintah Anggapan Kematian,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Musa berkata jika pasangan mangsa berhasrat untuk memuktamadkan status perkahwinannya, maka individu berkenaaan boleh memohon perceraian secara fasakh atas alasan suami telah ghaib lebih setahun atau mereka boleh memohon mendapatkan perintah Anggapan Kematian daripada mahkamah.

Musa menjelaskan menurut Seksyen 18 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) adalah dinyatakan dengan jelas bahawa setiap kematian di negara hendaklah didaftarkan dengan syarat mayatnya dijumpai.

Dalam kes mayat tidak dijumpai atau individu yang diklasifikasikan sebagai telah dianggap mati, maka perintah Anggapan Kematian perlu diperoleh di Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 108 Akta Keterangan 1950, katanya.

Beliau berkata bagi kes Anggapan Kematian, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kematian, sebaliknya hanya akan mengemas kini maklumat individu yang telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi di dalam sistem jabatan.


“Untuk sebarang urusan berkaitan individu yang telah dianggap mati, waris perlulah menggunakan perintah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan insiden pesawat malang MH370 secara rasmi diisytiharkan sebagai satu kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu dianggap terkorban.

Azharuddin berkata pengisytiharan itu dibuat mengikut Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, yang lazimnya dirujuk sebagai Konvensyen Chicago.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapa dalam satu kenyataan di ibu negara berkata hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-undang yang ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.

-BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori