Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lawak… Bila Si Pengugut...

Kadang-kadang, orang yang suka mengugut ni bukannya berani sangat.Sebagai contoh, screenshot perbualan mesej...

Atlit Paralimpik Dijel 3...

MAHKAMAH Singapura pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara selama 38 bulan kepada atlit paralimpik,...

Nik Abduh Anggap 2...

Anak Mursyidul AM PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sependapat dengan Presiden...

Warga Emas Cipta Kerusi...

KISAH cinta sepasang suami isteri warga emas yang tinggal di Luoyang, China mendapat perhatian...

STOA Minta Kerajaan Beri Subsidi Bahan Api

SIBU – Persatuan Pemilik Teksi Sibu (STOA) meminta kerajaan persekutuan memberi bantuan subsidi bahan api kepada pengusaha-pengusaha teksi di Sarawak bagi membolehkan mereka membelinya dengan harga murah.

Pengerusinya Robert Angkah berkata, sudah lama persatuan mengemukakan permohonan itu kepada kerajaan tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.

“Kami (pengusaha teksi di Sarawak) belum lagi menerima apa-apa bantuan subsidi (bahan api) daripada kerajaan walaupun perkara ini pernah disuarakan lama dahulu.

“Oleh itu kali ini kita memohon bantuan Datuk Seri Tiong King Sing (Anggota Parlimen Bintulu) menyampaikan permintaan kita ini kepada Perdana Menteri
(Datuk Seri Najib Razak) untuk pertimbangan,” katanya pada majlis makan malam sempena mesyuarat agung tahunan dan sambutan tahun baharu 2015 di sini malam tadi.


Menurut Robert, suatu ketika dahulu persatuan ada memohon kepada kerajaan supaya membina stesen gas asli untuk kenderaan (NGV) kerana harganya jauh lebih murah berbanding petrol.

“Bagaimanapun persatuan dimaklumkan bahawa kos bagi membina stesen NGV dan menarik gas itu dari Bintulu adalah terlalu mahal dan tidak berbaloi dilaksanakan setakat ini. Oleh sebab itulah kita memohon kerajaan supaya memberi subsidi (bahan api) kepada pengusaha teksi,” jelasnya.

Sementara itu, Tiong yang merupakan tetamu kehormat pada majlis itu berkata, beliau akan menyampaikan permintaan STOA itu kepada Perdana Menteri. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Teksi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori