Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mahathir Akui Malaysia Mahu...

BERTENTANGAN dengan retorik semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mengatakan negara...

Najib Tiba Di Male...

MALE (Maldives) – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

Kes Bayi Diculik: Bapa...

KELUARGA bayi perempuan yang dilarikan dari Hospital Tanah Merah (HTM) akan mengambil tindakan...

Messi Dedah Sebab Tarik...

LIONEL Messi membuat keputusan mengejut apabila menarik diri dari skuad Barcelona untuk berhadapan...

Suspek Mesej Palsu ‘Mayat Bergelimpangan’ Ditahan

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berjawatan guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suami isteri berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sebuah rumah di Kodiang, Kedah, pada 12 tengah hari semalam.

“Suspek disyaki menyebarkan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp yang kononnya ada mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai dan ia merupakan mesej yang berbaur fitnah serta palsu.

“Kedua-dua suspek bekerja sebagai guru, kita tahan suspek untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar mengenai tangkapan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.


Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman.

Mazlan berkata pasangan itu akan direman untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata 11 kematian direkodkan manakala dua mangsa masih hilang dalam kejadian banjir besar yang melanda Kelantan bulan lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori