Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis T’ganu Rakam Percakapan...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu telah merakamkan percakapan lima individu bagi membantu siasatan...

Bahan Kempen Berunsur Hasutan,...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menurunkan serta-merta tanpa sebarang...

Parlimen Mula Bersidang 16...

PUTRAJAYA - Parlimen akan bersidang buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum ke-14...

JPAM Bertukar Ke APM...

TANJUNG MALIM - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan ditukar menjadi Angkatan Pertahanan...

Sunway Lagoon Anjur ‘Walk & Hunt In The Wild’

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, taman tema Sunway Lagoon akan menganjurkan ‘Walk & Hunt in the Wild’, acara yang menggabungkan walkathon dan mencari harta karun, pada 22 Mac ini.

Acara itu bertujuan mendidik orang ramai tentang hidupan liar selain menggalakkan kebersatuan dalam kalangan rakan dan anggota keluarga, sambil mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti serta cabaran dalam program separuh hari itu.

Dalam kenyataan hari ini, Sunway Lagoon berkata acara di destinasi ria terulung Asia itu akan diadakan dari 7 pagi hingga 1 tengah hari.

Yuran penyertaan adalah RM68 setiap peserta dari umur tiga tahun dan ke atas.

Setiap pasukan boleh dianggotai antara empat hingga enam orang dan mereka digalakkan memasukkan penyertaan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak.


Pendaftaran ditutup pada 15 Feb atau apabila mencapai 150 pasukan.

Peserta boleh mendaftar secara dalam talian menerusi laman sesawang https://1xcess.com/registration/event/walk&hunt2015

Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan dan berpeluang memenangi hadiah hebat daripada Sunway Resort Hotel & Spa, Lost World of Tambun, Lost World Hotel dan Sunway Lagoon bernilai lebih RM14,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori