Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kejadian Pukul Zulfarhan Bagaikan...

KUALA LUMPUR – Seorang saksi menggambarkan kejadian pukul yang dilakukan terhadap penuntut Universiti...

PBB Tubuhkan Panel Siasat...

NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Rabu bersetuju menubuhkan...

Pemandu Lori Lawan Arus...

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan...

Jelaskan RM40 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Dr. Rais Yatim, meminta Menteri...

Suri Rumah Hilang Di Pasir Nering Ditemui Mati Lemas

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Pasir Nering, Hulu Terengganu ditemui mati lemas di Sungai Terengganu petang semalam.

Mangsa Fadilah@Zariah Abdullah, 42, ditemui terapung oleh orang awam kira-kira jam 4.30 petang semalam di jeti Laguna Redang di Kampung Pulau Sekati di sini.

Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir, berkata suami mangsa mengesahkan mayat berkenaan adalah isterinya yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Kehilangan mangsa disedari suaminya, Iswandi Mohamed, 37 kira-kira jam 5.30 pagi selepas mendapati isterinya tiada di rumah.

Sebelum ini Bernama melaporkan suami mangsa tidak tahu ke mana isterinya pergi namun dia pasti isterinya itu keluar menerusi pintu dapur kerana ia tidak berkunci.

Hasil pencarian suaminya turut menemui baju kurung yang dipegang isterinya sewaktu tidur kira-kira 100 meter dari belakang rumah mereka yang berdekatan Sungai Terengganu.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori