Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Skuad Kriket Negara Timba...

KUALA LUMPUR – Pemain remaja negara dituntut supaya memperoleh pendedahan dan pengalaman yang...

Fin Berleluasa Kerana Lambakan...

Fin atau pembunuh upahan yang makin mengganas sekarang bukan fenomena baharu. Cuma kebangkitan...

Sukma Bola Sepak: Perak...

LUMUT - Perak yang merupakan juara bertahan dan Kedah mengesahkan tempat ke perlawanan...

Video: Main Eskalator, Budak...

SELEPAS pelbagai jenis kejadian yang meragut nyawa anak-anak ketika bermain di eskalator dilaporkan,...

Tahun Baru Cina: Pos Malaysia Yakin Kad Ucapan Masih Relevan

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yakin penggunaan kad ucapan sebagai kaedah menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina 2015 masih menjadi tradisi rakyat negara ini walaupun dunia kini dikuasai komunikasi digital.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, tiada cara lain yang lebih bermakna yang dapat menggantikan penghantaran kata-kata seperti itu melalui sekeping kad ucapan.

“Pos Malaysia bangga dapat mengekalkan tradisi yang menghubungkan rakyat Malaysia dengan keluarga dan rakan-rakan tidak kira di mana mereka berada,” kata kenyataan itu hari ini.

Pos Malaysia dalam pada itu menawarkan kadar caj istimewa bagi penghantaran domestik kad ucapan perayaan Tahun Baru Cina 2015.


POS Malaysia dalam satu kenyataan media memberitahu, kadar khas 50 sen ditawarkan untuk penghantaran semua saiz kad, bentuk dan warna dan berat yang tidak melebihi 50 gram.

“Tawaran ini sah dalam tempoh promosi dari dua hingga 23 Februari tahun ini.

“Pos Malaysia ingin menasihatkan pelanggan agar menghantar kad ucapan Tahun Baru Cina awal dan sebelum 13 Februari 2015 untuk memastikan kad mereka sampai sebelum Tahun Baru Cina,” kata kenyataan itu hari ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori