Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sukar Memasak, Ada Mangsa...

Tidak dinafikan begitu banyak sumbangan yang didermakan oleh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap...

Wanita Selamba Pakai Masker...

KERANA mahu cantik, seorang wanita langsung tidak mempedulikan orang ramai sebaliknya dia dengan selamba...

Panda Singapura Akhirnya Berasmara...

SINGAPURA - Dua ekor beruang panda gergasi dari China, Jia Jia dan Kai...

Hartanah Lembaga TH Di...

BANGKOK - Projek hartanah kediaman dan komersial Lembaga Tabung Haji (TH) di atas...

Tak Payah Membazir Iklankan Ucapan ‘Birthday’ – Adenan Satem

Semestinya, tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ini memang patut menerima pujian dan menjadi ikutan semua pemimpin.

Bagi mengelakkan pembaziran, beliau melarang mana-mana individu mahupun syarikat dari mengeluarkan dana untuk dibelanjakan pada iklan ucapan hari lahirnya.

10955658_281523678638607_431932685381990632_n

Katanya lagi, daripada membazirkan wang tersebut dengan iklan, ia patut digunakan bagi tujuan yang lebih berfaedah seperti kebajikan dan membantu golongan yang memerlukan.

Menurut laman Facebook Friends of BN Sarawak, kenyataan tersebut dituju Adenan bagi iklan yang dibuat di media cetak dan mana-mana saluran berbayar.

Sebelum ini, dalam kalangan penduduk Sarawak, beliau memang dikenali sebagai seorang yang bersederhana dalam menjalani kehidupan seharian.

Contohnya, satu gambar menjadi bualan hangat di internet kerana memaparkan beliau sedang menjamu selera di sebuah medan selera dan ditemani isterinya, Puan Sri Jamilah Anu.


1796052_999061310119997_2404432673571994612_o

Bukan itu sahaja, beliau turut disenangi rakyatnya kerana tindakan berani menghapuskan rasuah pembalakkan haram yang berlarutan di negeri bumi kenyalang setelah sekian lama.

Sekadar informasi, Tan Sri Adenan Satem mengambil alih kerusi Ketua Menteri Sarawak dari Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara rasminya pada 28 Februari 2014.

Beliau yang kini berusia 71 tahun, dilahirkan pada 27 Januari 1944 di Kuching, Sarawak. Selamat hari lahir, Tan Sri Adenan! – MYNEWSHUB.CC

Laporan Astro Awani – Kenyataan Adenan Satem Buat Semua Parti Komponen BN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori