Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perkhidmatan Kereta Api India...

NEW DELHI : Perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo di India kembali beroperasi...

Kerajaan Pantau Pelaksanaan Penyasaran...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa pelaksanaan penyasaran subsidi diesel...

Keadaan Banjir Di Segamat...

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Segamat hampir pulih apabila 25 mangsa daripada...

Magen Diburu Bantu Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan dikenali sebagai N.Mahendran atau...

Hidup Serba Kekurangan, Tak Percaya Lulus Temu Duga Polis

YOGYAKARTA (Indonesia) – Walaupun hidup dalam serba kekurangan, ia bukan alasan untuk lelaki ini meneruskan cita-cita menjadi polis dan membantu keluarganya.

“Ayah tolong tampar pipi saya,” itulah yang keluar dari mulut M Taufik Hidayat kepada bapanya Triyanto ketika mendapat tahu dia lulus temuduga menjadi polis.

Menurutnya, dia berusaha keras untuk mencapai cita-citanya. Dia yang dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan, sedikit pun tidak merungut, malah bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini.

Pendapatan bapanya sebagai buruh binaan tidak cukup untuk menampung keperluan hidup seharian mereka sekeluarga. Justeru, dia terpaksa bekerja sebagai penggali pasir untuk membantu keluarga.

Selepas lulus sekolah, dia terpaksa menahan hasratnya melanjutkan pelajaran, sebaliknya bekerja sebagai pembantu perpustakaan.

Tidak lama selepas itu, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja dan nekad meneruskan cita-citanya.


Berkat doa bapanya, Taufik lulus dalam pemilihan polis Disember tahun lalu dan mengikuti pendidikan di Sekolah Tinggi Polis.

Di sebalik kegembiraan itu, M Taufik tetap perlu tabah kerana untuk bertugas, dia terpaksa berjalan sejauh 7 kilometer dari rumahnya di Jongke ke balai polis.

Biarpun memulakan perjalanan selepas Subuh, dia sering sampai lewat ke pejabat dan mengundang rasa curiga majikannya. Selepas memberikan penjelasan, dia dipinjamkan motor oleh majikannya. – Agensi

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori