JIKA anda perasan, sewaktu lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), hanya penyanyi itu dan penulis lirik, Iman Imran sahaja berada di atas pentas tanpa kehadiran komposernya, Tam Spider.
Rupa-rupanya, beliau memang berhasrat untuk menonton acara tersebut dari rumahnya sahaja dan telah memberikan dua pas kepada rakannya sebagai wakil, memetik laporan Berita Harian.
Entah di mana silapnya, rakan Tam yang datang bersama isterinya itu tidak dibenarkan pula masuk ke Stadium Putra Bukit Jalil pada malam itu.
“Akhirnya mereka hanya mendengar siaran langsung itu dalam kereta menerusi frekuensi di radio,” katanya.
Ternyata bukan kejadian itu sahaja yang membuatkan Tam terkilan, tetapi juga insiden pada malam raptai AJL29 apabila dia tidak dibenarkan menonton di stadium atas alasan pas miliknya tidak mempunyai pelekat khas.
Sudahnya, dia dan keluarga pulang dalam kehampaan biarpun pihak pasukan untuk lagu tersebut sudah berusaha untuk meminta izin daripada petugas agar membenarkannya masuk ke dalam stadium.
Alahai, kenapa sampai begitu sekali ya?
Setahu kami, Tam bukanlah orang baru, malah sudah mempunyai nama yang kukuh dalam industri hiburan tempatan.
Apa salahnya beri kelonggaran sikit, tambah-tambah pula dia merupakan orang penting di sebalik lagu yang bertanding pada malam itu.
Hmm, sabar sajalah Tam… -MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=kCIAWaAC-AM
Oleh: ELZA